Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Boleh percaya ke... bila mulut kata, malas nak memasak?

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Masalah orang perempuan ni kan...😆😆😆 kalau bersungguh dia cakap malas nak masak dan lepas tu tak buat apa-apa... maknanya memang betul dia malas nak masak.

tapi....!

kalau dia cakap, malas nak masak then tiba-tiba dia Google resepi... maka... wahai lelaki especially suami... sila take note!

kata-kata itu hanyalah sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja. dalam tempoh sejam dua, anda akan lihat terhidangnya 1 atau 2 makanan di atas meja. manakala mukanya akan kelihatan berseri-seri selepas itu😆😆😆😆


gambar di atas adalah bukti bahawa perempuan yang tulis entry ini pernah mengatakan bahawa beliau sangat malas nak masak. tup tup tak lama kemudian... dari jauh dah kedengaran beras sedang dibasuh. then 2 hours later... muncullah makanan/gambar di atas😆😆😆😆

see? tahu tahu je dah siap seperiuk bubur nasi. bubur ni tak ada resepi. campak je apa yang ada. kiub ikan bilis, garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan butir jagung. siap😆😆😆 makan dengan serunding daging... (psstt... siap bertambah ko!) maka dengan itu lenyaplah segala kemalasan beliau tadi😆😆😆😆

korang jangan ikut perangai ni... tapi... bukan semua perempuan macam tu. ada je yang rajin macam mem besar 

sekian. bebelan entah hapa hapa di hari Isnin yang blues...

daaa...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles