Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Juadah Aidil Adha

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Hari raya dan juadah atau 'makan makan' memang dah tak asing lagi. senang cakap, di mana ada perayaan di situ ada makanan. siapa setuju, sila angkat disket! 😆😆

so untuk Aidil Adha tahun ni, Alhamdulillah... dapat sediakan beberapa juadah walaupun 'dikelilingi' situasi PKP/lockdown.

antara juadah yang sempat dimasak adalah...

siapa yang teka sup kambing  tu memang terer laa... bukan selalu dapat makan sup kambing ni kecuali dapat daging fresh. barulah sup terasa lebih umphh dan kurang bau hamis.

ketupat daun nipah. rezeki tahun ni dapat (pucuk) daun nipah FOC. dapat je daun, malam Ahad tu juga anies start menganyam. tapi nak anyam daun nipah ni menuntut kesabaran yang tinggi sebab daunnya kesat. berbeza dengan (pucuk) daun kelapa yang sedikit licin. proses menganyam pun lebih laju.

rendang daging kering. dah ada ketupat mestilah ada rendang, kan? crispy ke tak... tu belakang cerita😆😆

last but not least, kuih talam / serimuka / mentalam hijau / talam pulut what ever laaa nama dia... dijadikan 'dessert' selain kuih raya yang ada... siapa suka kuih ni? tolong angkat tangan tinggi-tinggi😆

okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni... korang sediakan juadah apa sempena Aidil Adha kali ni? jom share kat ruang komen ya...

thanks 4 reading...
daaa

p/s masih bertatih BW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles