✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kerja... kerja juga. tapi mana boleh terlepas moment moment best Olimpik yang sedang berlangsung kat Tokyo sekarang ni, kan...😉😉
antara acara sukan yang anies ikuti adalah memanah. dan semestinya pasukan memanah Korea Selatan menjadi tumpuan.
setakat kejohanan berlangsung, Korea Selatan dah pun bolot ketiga-tiga pingat emas untuk kategori berkumpulan.
tapi untuk entry hari ni, anies bukan nak cerita fasal team archery Korea sebaliknya nak membongkar apa kaitan memanah dengan bangsa Korea. adakah ia sekadar sukan saja? atau lebih daripada tu?
Ayman Rashdan Wongada buat bebenang kat Twitter beliau fasal hal ni dan anies kongsikan kat sini untuk bacaan korang.
team archery Korea Selatan yang menggondol pingat emas recently. credit photo
Bab memanah ni orang Korea memang power namati.
Tiap Olimpik hampir sapu bersih pingat emas kategori memanah.
Team wanita dia tak pernah kalah sejak 1988. Dapat emas 9 kali berturut-turut termasuk kali ini.
Ini ada kaitan dengan sejarah orang Korea sebagai bangsa pemanah.
Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang.
Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda.
Dan sebagai negara yang tersepit antara dua kuasa besar (China dan Jepun), busur dan anak panah dilihat sebagai senjata yang paling efisien dan "cost-effective" untuk tujuan melawan tentera China dan Jepun yang lebih ramai dan canggih.
Menurut lagenda, Yang Manchun menyelamatkan Goguryeo daripada serangan China dengan menembak anak panah tepat ke mata maharaja China, Li Shimin yang mengetuai tentera China.
Raja Gongmin pada zaman Goryeo dikatakan pernah bunuh 70 askar Jepun dengan memanah. Gila badass.
Walaupun cerita-cerita ni bersifat lagenda, tapi ia menunjukkan kepentingan memanah dalam budaya dan identiti Korea.
Di zaman moden, walaupun anak panah tidak lagi relevan untuk berperang, kerajaan sejak 1980an tetap promote ia sebagai sukan kebangsaan yang harus dipelajari.
Sebab tu kita tengok selebriti diorang rilek je memanah. Itu baru amateur. Kalau profesional, memang tak ada can lah negara lain.
Bangsa yang hebat, diorang memahami kekuatan sendiri berdasarkan sejarah, dan kemudian mengharumi nama negara dengannya.
eh ehh... macam kenal je😉😉 credit
haaa... sekarang korang dah tau kan kenapa team memanah Korea Selatan ni hebat dan sukar ditandingi di peringkat antarabangsa?
apa pandangan korang? jom share di ruangan komen.👇👇
thanks 4 reading
daaa
p/s masih lagi BW satu persatu