✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dari dulu lagi, bila tengok sukan Olimpik, anies dah perasan nama 'Chinese Taipei' ni. tapi entah kenapa tak tergerak hati pula nak check....
kenapa atlet Taiwan ni menggunakan nama Chinese Taipei berbanding nama Taiwan itu sendiri? kenapa tak guna bendera sebenar yakni merah biru? kenapa 'Taipei' sedangkan tu nama ibu negara Taiwan? korang pun ada rasa macam ni tak?
persoalan ni akhirnya dijawab oleh saudara Ayman Rashdan Wong di FB beliau. jadi sukacitanya anies kongsikan kat sini untuk bacaan korang.
jom tambah ilmu!
Sehebat-hebatnya China dalam Sukan Olimpik, pun ada masanya kalah. Kalah pula kepada Chinese Taipei dalam perlawanan badminton beregu lelaki semalam.
Dikhabarkan scene ini kena cut dalam siaran langsung di stesen TV China untuk elakkan menyakitkan hati rakyat China yang patriotik.
Chinese Taipei tu merujuk kepada Taiwan, atau lebih tepat Republik China (Republic of China) atau ROC. Jangan dikelirukan dengan ROC dalam Olimpik kali ini yang merujuk kepada Rusia (Russian Olympic Committee).
ROC ni asalnya kerajaan yang memerintah China dari tahun 1912-1949. Selepas kalah dalam peperangan dengan komunis, ROC berundur ke Taiwan dan meneruskan pemerintahannya di Taipei.
Komunis yang menang mendirikan Republik Rakyat China (People's Republic of China, PRC) di Beijing, dan dikenali secara umum sebagai China.
Tapi secara teknikal, ada 2 China (keadaan macam 2 Korea). ROC juga China, walaupun kawasannya tinggal pulau-pulau Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (dan orang biasa panggil "Taiwan" saja). Dan ROC juga klaim seluruh Laut China Selatan macam PRC.
Dan di antara 2 China ini, negara lain hanya boleh iktiraf salah satu. Dulu lebih ramai iktiraf ROC, dan ROC juga menyandang kerusi Ahli Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1971.
Tapi pada tahun 1971, ROC kena tendang keluar dari PBB, digantikan dengan PRC. Kemudian pada tahun 1979, US yang selama ni sokong ROC putuskan hubungan dengan ROC dan menjalin hubungan diplomatik dengan PRC.
(Malaysia pada asalnya tak iktiraf dua-dua, sampailah tahun 1974 baru menjalin hubungan rasmi dengan PRC)
Maka satu per satu negara putuskan hubungan dengan ROC. Tinggal 14 negara PBB saja yang masih iktiraf ROC, berbanding dengan 177 yang iktiraf PRC. Palestin pun kira OK lagi, diiktiraf oleh 139 negara.
ROC juga tak layak duduk dalam badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Keadaan ini menyebabkan ROC/Taiwan dikenali sebagai "the orphan of Asia" (亞細亞的孤兒).
PRC boikot Olimpik dari 1956 hingga 1976 sebab ada ROC (PRC pernah join 1952, time tu ROC yang boikot). Dengan sokongan US dan sebagainya, PRC nak masuk balik Olimpik.
Jadi, untuk kekal bertanding dalam Olimpik, ROC perlu berkompromi dengan memakai nama "Chinese Taipei" sejak Olimpik 1984. Tak boleh pakai bendera kebangsaan ROC iaitu "Blue Sky White Sun Red Earth" (青天白日滿地紅), kena pakai logo khas. Tak boleh pasang lagu kebangsaan. Tak boleh tonjolkan ia sebagai sebuah negara berdaulat.
Malah di luar Olimpik pun, PRC menekan siapa-siapa yang berani sebut atau iktiraf ROC sebagai sebuah negara.
Dan semakin ramai rakyat ROC melihat penyelesaian kepada masalah ini ialah kemerdekaan Taiwan sebagai sebuah negara, tak perlu merebut nama "China" dengan PRC lagi. Tapi PRC pun tak bagi.
Jadi, kemenangan Chinese Taipei ke atas China mempunyai simbolisme yang luar biasa. Sebuah entiti yang ditekan berdekad-dekad lama akhirnya meraih pingat emas Olimpik pertama dalam sukan yang didominasi oleh musuhnya.
Sekiranya malam ini Tai Tzu-ying dari Chinese Taipei menang lagi ke atas Chen Yufei dari China dalam acara perseorangan wanita, "morale" ROC/Taiwan akan berada di tahap paling tinggi dalam sejarah, dan orang PRC/China akan murung sebulan.
Kalau korang rasa teruk kena buli dalam hidup, tak ada harapan berjaya, ingatlah ROC/Taiwan.
#TaiwanNumberOne

menarik kan penerangan ni? korang ada nak tambah apa-apa fasal perkongsian ni? jom komen di ruangan di bawah!
tu je perkongsian ilmu untuk hari ni. thanks 4 reading
daaaa
p/s yeayyy dah habis BW!