Zhong Shanshan dilahirkan pada 1954 di Hangzhou, China dan berhenti sekolah di usia 12 tahun. Beliau telah mencuba pelbagai bidang pekerjaan termasuk pembinaan, penanaman cendawan, penjualan minuman dan bekerja dalam bidang kewartawanan.
Pada 1996, beliau memutuskan untuk membuka syarikat sendiri yang diberi nama Nongfu Springs. Syarikat ini menghasilkan air minuman botol dan ia berkembang dengan pantas selain menjadi produk minuman yang terkenal di China.
Selama bertahun-tahun menjalankan bisnes, syarikatnya telah menjadi syarikat minuman terkemuka di China. Tetapi kejayaan terbesarnya adalah berpunca daripada keputusan beliau untuk membangunkan Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise yang menjadi syarikat pembuatan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19.
Di kala pandemik berleluasa, saham Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise meningkat lebih daripada 2000% dan saham Nongfu Springs turut melonjak naik hingga 155%.
Kekayaan bersih beliau kini adalah sebanyak USD71.9 bilion dan semakin meningkat. Pencapaian ini menjadi lebih bersejarah kerana beliau sama sekali tidak terkenal di luar negara mahupun di China.
Beliau juga tidak pernah terlibat dalam dunia politik dan amat menjaga kepentingan perniagaan. Beliau juga sendiri tidak terlibat dengan mana-mana keluarga kaya lain termasuklah dengan pihak media.
Kekayaannya kini telah mengatasi hartawan-hartawan teknologi China lain seperti pengasas Pinduoduo, Colin Huang (USD66 bilion), pengasas Tencent, Pony Ma (USD58.2 bilion) dan pengasas Alibaba, Jack Ma (USD51.5 bilion).
Kesimpulannya, kekayaan Zhong Shanshan datang daripada hasil kebijaksanaannya yang pandai mengambil peluang dan disiplin tinggi. Selain daripada itu, beliau tidak pernah berputus asa walaupun pelbagai ujian yang mendatang.
Di sebalik pandemik, beliau dilihat menjadi semakin kaya-raya. Beliau pernah berkata “dalam dunia bisnes, saya hanya mahu berbisnes sahaja” dan kurang bergaul dengan orang lain. Sebab itulah beliau digelar ‘lone wolf’.
diubahsuai daripada artikel INI.