Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Đà Lạt, Vietnam: Đồi chè Cầu Đất Farm

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, nak gelakkan diri sendiri😂😂😂😂

punyalah lama peram buat ikan pekasam nak sambung cerita jalan-jalan ke Dalat ni... 

selain malas😂😂😂 nak transfer gambar dari kamera pun satu hal juga 😂😂😂 adoiii parah betullah kau ni, anies

p/s dear blogger Salbiah M, mana cerita Dalatmu?😉😉😉

tak apalah. sementara ada mood ni, better anies sambung walaupun ceritanya dah basi. tapi korang tetap excited nak baca kan? kan? kan? 😂😂😂 

okey, dengan lafaz Bismillah, anies sambung semula cerita jalan-jalan ke Dalat. untuk baca entry terdahulu, korang dipersilakan klik kat SINI & SINI ya.

>>::<<

hari terakhir di Dalat, lepas bersarapan kat Restaurant Fatimah (refer entry INI), bas yang dinaiki terus bawa kami ke sini. perjalanan sejauh 22KM ni mengambil masa lebih kurang 35 minit

pemandangan awal pagi di sepanjang perjalanan sangat menarik sebab kita dapat menyaksikan aktiviti penduduk yang mula laksanakan tugasan masing-masing.

tapi... anies tak dapat nak hayati pemandangan tu sebab mengantuk yakmat! bila dengar enjin bas dimatikan, celik-celik mata je terus nampak pemandangan menakjubkan! eh, kat mana ni?

tanpa buang masa, terus capai beg dan kamera lalu turun bas. sebaik keluar... warghhhh nyamannya udara kat sini! sejuk pula tu! walaupun tak berkabus macam kat Cameron Highlands tu, tapi suasananya dah cukup memukau lagi mendamaikan.

anies perhatikan kebanyakan ahli rombongan, sebaik turun bas diorang terus menonong masuk ke kafe/kedai. apa lagi... nak 'buang duit' laa tu 😂😂😂 

since pak cik dan mak cik pun tengah sibuk bergambar, anies pun join sekaki. kami sempat merayau kawasan sekeliling, berOOTD, posing sana posing sini habiskan Kodak sampai puas hati. tambah pula scenery kat sini memang superb! kalau buat outdoor photo shoot, memang kebabom laa gambar korang.

oh, ya Doi Che Cau Dat Farm ni antara ladang teh terkenal kat Dalat. dah wujud lebih 100 tahun since zaman penjajahan Perancis lagi. ia antara tempat wajib dilawati kalau dah sampai Dalat. no entrance fee. tu yang best nya. 

kalau nak ke sini (tanpa agent atau persendirian), korang boleh sewa kenderaan kat bandar Dalat. tak ada transport khusus (kecuali teksi) untuk bawa korang ke sini, ya.

more info about Doi che Cau Dat Farm, click HERE.

well, nak cerita apa lagi? layankan jelah gambar yang ada ni ya. agak banyak jugalah. harap korang tak muntah 😆😆😆

bahagian depan ladang

sebaik turun bas, scenery nilah yang akan korang nampak dulu... tapi pengunjung tak boleh masuk kawasan ni. agak tinggi juga tebing dari tempat anies berdiri ni untuk ke bawah.

haruslah bergambar dulu sebelum merayau...😂😂

scenery ladang teh di bahagian belakang dari jalan raya. kiranya jalan raya nilah yang memisahkan kawasan ladang teh di depan dan di belakang. lagi satu, kat sini tak ada parking khas. semua kenderaan berhenti tepi jalan. but don't worry, jalannya tak sibuk sebab laluannya khas untuk pelawat/pekerja ladang teh sahaja.

 
kedai / kafe

bahagian depan kedai/kafe. masa kami sampai sini, pengunjung tak ramai lagi. sebab waktu masih pagi lagi.

suasana dalam kedai/kafe. apa sahaja produk teh yang diingini, ada di sini. fulus je yang tak ada 😂😂😂

kafe. nak minum dan lepak-lepak boleh naik ke tingkat atas sambil layan scenery cantik.

bahagian belakang ladang

dari bawah nampak macam tinggi je tapi once dah mendaki terasa landai je. don't worry. tak cukup stamina pun boleh sampai ke puncak tu. jom jalan! kecutkan lemak-lemak degil

ini laluannya yang 'dihampari (bilangan) tahun. bumbung hijau tu kedai/kafe.

nampak tak laluan sebelah kanan gambar? tulah jalan raya. tak adalah besar mana pun...


masa ni anies berada kat laluan menuju puncakgemilang cahaya mengukir cita seindah rasa🎶

ni bahagian belakang ladang/di sebalik bukit... dari jalan raya memang tak nampak. so kena naik ke puncak dulu baru tahu apa yang ada di sebaliknya...


saujana mata memandang




selfie sekejap sebelum beredar...

bas kami dah menunggu tu. masa untuk ucapkan selamat tinggal ladang teh yang cantik ni...

puncak ladang teh dari bawah...


video



okey, tulah jelah perkongsian cerita basi hari ni. ada apa-apa soalan fasal ladang teh ni, korang taip je kat ruang komen di bawah ya. anies cuba jawab semampu yang boleh.

thanks 4 reading
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles