Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Đà Lạt, Vietnam: Queen Villa Hotel

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Penutup entry jalan-jalan ke Dalat...

jemput klik di SINI untuk baca coretan memori anies sepanjang berada di Dalat.

hari pertama sampai Dalat, kami check in jam 10.30 malam. so memang tak sempatlah nak merayau atau meninjau kawasan sekeliling hotel. bila dapat kunci bilik, kami capai luggage, cari nombor bilik, masuk, mandi, solat dan 💤💤 

letih beb! bila flight pagi (delayed pula tu!dan lepas tu ke sana ke sini non stop, badan rasa lemau yakmat! tapi dek kerana tilam dan bantal empuk selain bilik yang selesa, semua tu hilang dengan sendirinya (agaknya bom meletup pun kami tak dengar. tidur mati!😆😆😆)

keesokan hari bila keluar untuk menyambung semula aktiviti jalan-jalan, barulah anies perasan betapa cantiknya hotel ni. ia umpama sebuah rumah agam yang dibina untuk dijadikan hotel.😆

hotel ni terletak di lereng bukit. yalah... Dalat ni kan berada di kawasan tanah tinggi. tapi jangan risau... sekelilingnya dipenuhi bangunan dan kediaman.

tentang bilik hotel pula, jangan terkejut ya kalau tak ada air cond. korang pun tahu, kan? mana-mana resort atau hotel yang terletak di kawasan tanah tinggi, tiada penghawa dingin disediakan. remember hotel @ Genting

masa mula-mula masuk tu bimbang juga kalau kami kepanasan. tapi lepas sejam berada dalam bilik, sikit pun kami tak terasa panas. rasa macam biasa je... tak panas tak sejuk. then mak cik anies sempat basuh baju, tau! esoknya dah kering!

hmm nak cerita apa lagi ya? okeylah macam biasa. korang dijemput jamu mata dengan gambar-gambar yang sempat anies snap ni... check it out!

halaman hotel

cantik kan binaannya? terasa macam berada di kawasan istana hinggap keluarga diraja gituuuu 😂😂😂... gambar agak suram sebab masa ni, awal pagi kira-kira 7.00AM. oh ya. hotel ni sebenarnya 4 tingkat. ada bilik disediakan di lower ground.

depan pintu masuk. tempat anies berdiri ni betul-betul kat tengah lorong kecil. yang menghadap ke hadapan adalah laluan ke bawah bukit manakala di belakang anies pula laluan ke main road dan parking bas.

halaman hotel. tak luas mana pun. anies pun tak sure sama ada kereta tu milik penginap hotel atau staf... bunga-bungaan yang ditanam di halaman hotel ni cantik-cantik belaka. rasa nak petik bawa balik je 😂😂😂

lobi/interior hotel

meja dan kerusi yang menjadi sasaran tempat letak beg. 😂😂😂 biasalah tu kalau datang dalam jumlah yang ramai. 

suka tengok ruangan ni. rasa macam mewah sangat!

laluan/lorong menuju ke bilik-bilik. tangga di sebelah kiri manakala lif di sebelah kanan. bagus betul pihak hotel sediakan lif sebegini khususnya untuk pengunjung warga emas yang alami kesukaran untuk menggunakan tangga.

receptionist counter. staf hotel ni peramah sangat walaupun tak fasih berbahasa Inggeris. dia banyak berkomunikasi dengan our tour guide je. cantik kan ruangan ni?

bilik tidur

double bed untuk anies dan mak cik. tilam dan bantal sangat empuk! maaf ya gambar blur...

bilik air yang bersih dan luas. air paip laju. toiletries lengkap. 

almari dan kabinet kecil di mana di dalamnya ada mini bar. 

selain kemudahan wajib yang disediakan pihak hotel, perkhidmatan wi-fi, safety box, luggage room dan lain-lain turut terdapat di hotel ini. overall, anies berpuas hatilah dengan service dan kemudahan yang diberi.

ni alamat hotel:

17C Tran Hung Dao Street, 10 Ward, Dalat City, Old Train Station, Dalat, Lam Dong, Vietnam, 02633.


lepas pandemik berakhir nanti, kalau korang ada plan nak ke Dalat macam blogger Salbiah M jangan lupa pilih/booked hotel ni tau! 

untuk harga bilik korang boleh check kat Booking.com atau Agoda.com. jangan tanya anies sebab hotel ni, our tour guide yang booking😊

tu je perkongsian di hari Jumaat. thanks 4 reading. daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles