✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Hai... korang macam mana hari ni? harap-harap semua yang membaca entry suram ni, berada dalam keadaan sihat dan sentiasa patuh SOP. mudah-mudahan langkah yang kita ambil ini akan membantu dan seterusnya mempercepatkan usaha kita memerangi pandemik Covid-19 ini.
eh, anies.... lama tak muncul...tiba-tiba cerita fasal internet ni kenapa? apa dah jadi?
haih... inilah masalah 'orang moden' yang hidup dalam era di mana internet atau wi-fi menjadi sebahagian daripada kehidupan. kalau dulu, tak tengok televisyen berbulan-bulan pun tak jadi masalah. kita masih boleh bekerja dan buat pelbagai tugasan lain.
tapi hari ini, kalau internet atau wi-fi bermasalah, anies rasa seharian kita boleh meratapmerayu tak sudah, kan? belum sebut lagi yang #matikutu .
haa... itulah yang terjadi pada anies bila internet kat rumah ni buat hal. terseksanya la haiii... rasa nak give up je. tapi tak bolehlah macam tu sebab anies masih lagi work from home. sekarang, seminggu sekali masuk office. tapi meeting (online) harian, kena guna internet/wifi juga.
jadi, suka atau tidak terpaksalah bertabah guna data internet yang ada dalam telefon. tu pun kena berjimat walaupun hati meronta nak tengok Running Man 😂😂😂
so, itulah sebabnya blog ini suram je lepas entry terakhir bertarikh 7 September 2021. bukan menghilangkan diri atau merajuk atau tengah bercuti sakan kat Pulau Langkawi. no no no!
sekarang masih lagi menunggu'pihak berwajib' settle kan masalah ni. anies dengar, sekarang sistem telekomunikasi dalam proses upgrade itu ini. yalahkan...hujung tahun ni khabarnya nak tukar kepada 5G. jadi sekarang diorang tengah buat apa-apa yang patut. kalau itu sebab musababnya, tak apalah. kalau salah info ni, maknanya anies lah yang salah terima maklumat.😂😂😂
well, setulus hati anies minta maaf sebab tak dapat nak BW sakan. bukan disengajakan. bukan malas atau sebagainya, ya...
tukar semuaaaa sekali termasuk service provider😆 tinggal nak install je.
kalau korang ada masalah internet, apa korang buat? adakah korang pengsan sepanjang hari?😆share lah kat ruangan komen di bawah.
thanks 4 reading.
daaa...