✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Entah macam mana boleh tersilap tengok tarikh.
alkisah semalam...
staf KKM: cik, jadi ke datang cucuk vaksin hari ni?
anies: hah, saya punya turn esok. (jawab dengan nada penuh confident)
staf KKM: tak cik. appointment cik hari ni, 14 haribulan.
anies: ye ke? adoiiii... mesti kes salah tengok date ni. saya dah siap minta cuti esok.
staf KKM: so cik datang esok ya.
anies: ya ya... insya allah.
maka, lepas Zohor anies pun bersiap untuk ke klinik kesihatan. bila sampai terus ambil nombor. bila sampai turn, anies terus tanya staf KKM.
anies: boleh ke saya ambil vaksin hari ni? sebab dalam mySejahtera, dah keluar notis lain.
staf KKM: boleh je. bagi saya IC.
fuhhh lega. sebenarnya anies waswas juga nak datang sebab lepas check mySejahtera, date appointment dah ganti dengan notis. tapi anies nekad juga nak datang.
Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar selepas tu.
borang persetujuan suntikan vaksin Covid-19. lepas cucuk, terus simpan borang ni.
semua yang dapat booster dose ni akan dapat vaksin Pfizer. dan ini kad vaksinasi yang mengesahkan kita menerima vaksin Pfizer. eh ehh bukan... kad Starbucks tu cuma prop je😁😁
popia basah + kuah cili
balik dari klinik, tekak teringin nak makan kuih pau. tapi pau nan hado. jumpa orang jual popia basah dengan kuih keria. fuhhh... kenyang!
minta maaf banyak-banyak kawan-kawan... dah lama tak bersua kat alam blogger...tak tahu nak bagi alasan apa dah. sejak akhir-akhir ni mood bermedia sosial ni merudum je... hmmm...
apa-apa pun anies doakan semoga kawan-kawan di luar sana sihat dan berbahagia selalu...
jumpa lagi...
daaa...