✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Semalam telah berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan kita pun dah tahu parti mana yang akan memerintah Johor untuk tempoh 5 tahun akan datang.
sebenarnya ini kali keduaanies jadi PACA selepas PRN Melaka pada bulan 11, tahun lepas.
tag / pas bertugas, Borang Sumpah Kerahsiaan, salinan kad pengenalan berwarna & Borang Pelantikan ejen (belakang borang pink) wajib ada dan mesti bawa ke bilik mengundi. jika gagal, ETM tidak dibenarkan masuk / bertugas.
apa tu PACA? PACA adalah akronim daripada Polling Agent & Counting Agent atau dalam bahasa Melayunya dipanggil Ejen Tempat Mengundi (ETM) & Ejen Mengira Undi (EMU).
Dalam kedua-dua PRN, anies ditugaskan sebagai Ejen Tempat Mengundi (ETM). Kalau korang masuk bilik mengundi, selain pegawai-pegawai SPR, korang pasti akan nampak 3 atau 4 pegawai lain berada di sudut bilik. Haa... tu laa ETM.
ETM ni terdiri daripada orang awam yang juga bertanggungjawab untuk memastikan proses pengundian dapat berjalan lancar.
Daripada tugas ETM juga sesebuah parti yang bertanding dapat mengenal pasti (jangkaan awal) peratusan yang keluar mengundi, kumpulan pengundi parti sekian sekian dan sebagainya.
Syif anies bermula jam 12.30 - 3.00. tapi anies bertolak awal sebab kawasan yang anies bertugas ni, anies tak pernah sampai lagi.
OTW ke Serom, singgah dulu pekan Merlimau untuk bersarapan. lepas tu barulah bertolak ke Serom melalui pekan Sungai Rambai - Kampung Kesang Tasik.
sarapan nasi lemak + telur mata + teh tarik suam.
jarak dari Kampung Kesang Tasik ke Serom tak jauh mana pun. lepas kenal pasti pusat mengundi, anies ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sampai ke Kangkar.
Pekan Kangkar, Johor.
dalam jam 12.15, anies pun bertolak ke SMK Tengku Mahmud Iskandar (SMKTMI). di sini merupakan salah satu pusat pengundian bagi N. 11 Serom yang mempunyai kira-kira 30 000++ pengundi berdaftar.
anies ditugaskan di Saluran 1. Saluran 1 terdiri daripada pengundi warga emas dan golongan OKU. jumlah pengundi yang didaftarkan di Saluran 1 SMKTMI adalah seramai 450 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (SMKTMI), Sungai Mati, Johor.
Alhamdulillah, sepanjang anies bertugas tiada kejadian tak diingini berlaku. tambah pula staf SPR yang berada di situ, semuanya perempuan.
tepat jam 3.00 petang, tugas anies diganti ETM yang lain. selesai serahkan borang, terus bergerak pulang dalam keadaan cuaca yang teramattttt panas!!!
selamat datang ke Sg. Mati, Johor. Sg. Mati termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom. Kerusi DUN Serom ditandingi 4 calon.
jalan jammed teruk!
singgah Kue Street Cafe, Kg. Air Tawar Melaka untuk beli kopi dan dessert.
insya Allah anies akan kembali aktif berblog lepas ni. 🙏🙏 doa-doakanlah semoga istiqamah.
thanks 4 reading. daaa...