✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Yeayyy... kerja-kerja BW dah pun selesai. tapi kan guys... ada blog yang tak ada link. jadi anies tak dapat nak BW macam biasa. so, korang tolonglah update dekat blogger profile tu. jangan kata nanti anies sombong tak nak 'datang rumah' korang pulak. pada hal... link dah tak ada. macam mana tu?
>>::<<
Bulan lepas ada kursus 3 hari kat Setapak. so anies decide untuk stay kat hotel je. senang kerja! badan pun tak penat.
Hotel Smile ni bolehlah dianggap sebagai hotel bajet yang berbaloi di sekitar area KL. sebelum ni, anies pernah menginap kat Hotel Smile, Wangsa Maju.
untuk 3 hari, anies kena bayar sebanyak RM297.12 untuk bilik single. Alhamdulillah, menginap kat sini nak kata best sangat tu, taklah. okay je. cuma yang tak best nya, ada suatu malam tu tengah syok syok layan movie, tiba-tiba pintu bilik diketuk!
>>::<<
"Nabil! Nabil! Nabil!" jerit suara di sebalik pintu.
anies dah berkerut kening. bila masa pula aku stay dengan Nabil ni? tanpa buka pintu, anies pun jerit dari dalam.
"tak ada orang nama Nabil kat dalam ni. saya seorang je!" (gila ke apa? nak kena tangkap khalwat ke stay dengan jantan?)
tak sampai seminit, terdengar bunyi kecoh kat depan bilik. anies malas nak ambil pusing. tiba-tiba, telefon berbunyi.
"Cik, minta maaf ya. Ada orang ketuk pintu bilik ya?" soal receptionist.
"Ha'ah. Dia cari Nabil. Pada hal saya seorang je dalam bilik ni," balas anies.
"Maaf ya, cik. Kami dah halang dia dari naik ke atas tapi dia degil," ujar receptionist lagi.
"Okay, okay," balas anies, mematikan perbualan.
>>::<<
well tu je laa ceritanya. esok hari anies tanya receptionist, apa jadi dengan orang yang cari Nabil tu? katanya, diorang dah halau keluar. adehhh... macam-macam hal!
oh, ya! lupa nak beritahu. lokasi hotel ni berhadapan dengan Setapak Central. tapi nak melintas jalan tu, ya Rabbi... punyalah lama sebab kenderaan sangat banyak dan laju! kena hati kering sebelum melintas!
dari segi kebersihan, aniespuas hati. semua peralatan berfungsi dengan baik. since menginap di bilik single, sempit tu perkara biasa. terpaksa solat depan pintu tandas. tapi anies dah standby tuala siap-siap sebagai alas. then, kalau korang nak pakej sekali dengan sarapan, korang kena tambah dalam RM10 - RM20.
okey laa... layan je gambar yang ada ni.
depan hotel. ada parking di sini kalau korang datang bawa kenderaan.
ruang santai di depan kaunter receptionist.
main entrance dan kaunter receptionist (kanan).
lif. kalau nak guna (bilik) iron atau surau, make sure korang guna lif ya. jangan guna tangga. confirm tak sampai.
koridor depan bilik (bangunan sebelah). FYI, hotel ni ada dua bangunan saling bersebelahan dan dipisahkan dengan tangga dan lif di tengah-tengahnya.
anies menginap kat bilik ni.
ruang yang memisahkan antara 2 bangunan. di sebelah kanan gambar ada tangga. kotak hitam(kiri) tu water dispenser.
katil single untuk bilik single. takkan nak letak katil super king pula untuk bilik single, kan? gila ke apa?😅
bilik ni tak ada almari/wardrobe. ada penyangkut je. then, channel TV pun cuma ada 4 je. kalau nak channel banyak, sila tonton TV di rumah sendiri!😅
everything is okay dengan bilik air ni. cuma hand held bidet sprayer tu je yang 'ketat' sampai sakit tangan dibuatnya bila mencuci dalam tempoh yang lama.
pintu bilik. ada kala access card lambat detect and ambil masa untuk pintu dibuka.
well tu jelah perkongsian untuk kali. thank 4 reading.
daaaaa