Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Selamat datang, Ramadan!

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Rasanya, tahun ni sambutan Ramadan tentu lebih meriah jika dibandingkan 2 tahun sebelum. yalah... selama 2 tahun kita dibelenggu pandemik hingga menjejaskan banyak perkara dan aktiviti-aktiviti di sepanjang bulan Ramadan.

dan tahun ni kita kembali meraikannya dalam suasana yang lebih baik namun terkawal. kepada yang berniaga di bazar Ramadan tu, haa... patuhilah SOP ya. kepada yang pergi ke bazar Ramadan tu pun sama. jangan asyik rambang mata tengok pelbagai juadah sampai terlupa nak jaga SOP. 

kepada yang menunaikan solat tarawih di masjid / surau, kebenaran untuk rapatkan saf solat tu, jangan ambil mudah, ya. rapatkan saf tu dah betul tapi pastikan anda sihat sebelum ke masjid / surau. kalau batuk-batuk atau badan rasa tak sedap tu, tangguh dulu. jangan nanti kerana anda seorang positif Covid, habis satu kariah tak dapat beribadah.

kalau tahun lepas ramai di perantauan tak dapat meraikan Ramadan bersama keluarga di kampung. jadi, ambillah kesempatan yang ada ini sebab Ramadan tahun depan... kita pun tak tahu sama ada kita masih lagi bernafas atau tidak.

apa-apa pun marilah kita panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan suci ini. mudah-mudahan, segala amalan dan ibadah kita diterima-Nya.

selamat menjalani ibadah puasa!

marhaban ya, Ramadan!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles