Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Oversize Cops

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis ringkas:

Bersama-sama tiga rakan sekerjanya, Can ditugaskan untuk menangkap perompak dalam satu kes kecurian. namun operasi mereka menjadi buah mulut dan viral seluruh Thailand kerana kegagalan mereka memberkas penjenayah tersebut akibat fizikalmereka yang gemuk.

disebabkan mereka telah mencalarkan imej institusi keselamatan negara, ketua mereka memberi amaran. jika mereka tidak berjaya kurangkan berat badan dalam tempoh 3 bulan, jawatan mereka akan dilucutkan atau dalam kata lain, mereka dipecat!

Can dan rakan-rakannya berasakan amaran tersebut amat mustahil untuk direalisasikan. namun kedatangan zumba dance trainer bernama Meen berjaya mengubah misi mereka. mereka jadi lebih bersemangat untuk kurus dan sihat dan seterusnya dapat berkhidmat dengan lebih baik.

akan tetapi, kes rompakan lain yang lebih rumit telah membantutkan usaha mereka. antara kerja-kerja menyiasat dengan misi untuk kurus, mereka terpaksa memilih yang terbaik. jadi, apa pilihan yang mereka terpaksa akur?

poster. credit.

review:

antara filem komedi terbaik dari Thailand pernah anies saksikan. bukan sebab fizikal mereka tetapi kerana reaksi spontan yang mereka tunjukkan. filem ni diterbitkan pada 2017 dan diarahkan oleh penulis / pengarah Phuwanit Pholdee; yang juga pengarah bagi filem My Boss Is A Serial Killer (2021) & App War (2018).

bak kata orang jangan pandang sebelah mata. atau... don't judge the book by its cover. fizikal mereka bukan penghalang untuk mereka bertindak bijak dan menumpaskan penjenayah. yalah... kalau tak bijak masakan mereka boleh jadi polis, kan?

nak ulas panjang-panjang, anies memang tak reti. btw, kalau korang bosan atau terasa nak bersantai-santai, ni filem yang anies recommend untuk ditonton! sure korang puas hati!

trailer Oversize Cops. credit. 

selamat menonton!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles