✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kata orang Kluang, ni antara tempat makan, lepak dan bersantai yang famous kat Kluang. then ada yang beritahu anies, salah satu gerai yang ada kat sini milik Sharul Shiro. tapi anies tak tahu dan tak tanya, mana satu gerainya.
disebabkan lokasinya dekat dengan hotel, jadi sepanjang berada kat Kluang ni, kami makan kat sini je. malas nak cari tempat lain.
Ngeport Kabin (NK) ni dibuka pada jam 3.30 petang. antara yang best yang ada kat sini adalah, skrin besar! bukan skrin putih macam kat kedai mamak tu ya. siap ada speaker lagi!
apa yang anies perasan, kalau lepas Maghrib, meja memang penuh terutama weekends. antara menu yang dijual adalah, pelbagai jenis laksa, pelbagai jenis sup, menu western, menu dari pantai timur, dessert, yong tau fu, murtabak, nasi lemak, minuman dan macam-macam lagi. boleh pening sekejap bila ada yang tanya, nak makan apa?😂😂
fasal parking pula, jangan risau. ada ruang letak kereta percuma di sebelah NK ni. nak letak kereta tepi jalan pun tak ada masalah.
dan... sebahagian gambar yang ada...
lokasi NK ni senang je. landmark dia - Terminal Bas Kluang.

ruang makan di sebelah luar.
kuetiau celup + perut. RM7.00
barli lemon ais - RM3.00
video pendek - suasana dalam NK.
well tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading and comment.
daaa..