Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Hotel Anika @ Kluang, Johor

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Since tak ada saudara mara kat sini untuk tumpang tidur, jadi marilah kita meriahkan semula industri perhotelan tempatan😂. kami pilih hotel ni sebab lokasinya yang strategik - dikelilingi kedai-kedai, restoran, bank, bangunan kerajaan dan paling penting, mestilah dekat dengan The Original Kluang Rail Coffee!

tapi sayang... last day kat Kluang, ingatkan nak singgah tapi hujan lebat pula. tak ada rezeki kami nak mencicip secawan kopi. tak apalah. nanti ada rezeki ke Kluang lagi, kami singgah.

okey, berbalik ke tajuk... daripada pemerhatian anies, hotel ni antara bangunan tertinggi kat Kluang selain hotel Prime City. tapi dari segi design, jelas kelihatan hotel ni dah lama dibina. pada tahun bila dibina, tu anies tak sure. 

namun yang paling penting bilik penginapannya tak menghampakan. sebaik tiba di lobi hotel berdekatan bilik, bau harum terus menerpa hidung. i likeeee!!! 

bila melangkah masuk, hati rasa happy sangat tengok suasana bilik. tampak kemas, selesa dan tak menakutkan😂 (menakutkan ni maksud anies, aura bilik yang ditinggal lama akibat pandemik)

bila tengok suasana bilik dah okey, jom kita check yang lain pula. air paip laju, shower okey, TV banyak channel dan clear, chiller sejuk, tingkap berdebu sikit, wifi laju, toiletries complete, perabot okey tak ada yang senget benget. 

cuma toilet flush je yang tak berfungsi dengan baik. terpaksa tekan kuat-kuat barulah air keluar. tak apa... masih boleh dimaafkan.

antara perkhidmatan lain yang disediakan hotel ni adalah parking, sarapan (anies tak ambil sarapan), dewan seminar, room service dan lain-lain.

untuk harga bilik, korang boleh check kat booking.com atau agoda.com ya.

so, overall... anies beri ⭐⭐⭐1/2 daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk hotel ni. kalau korang berkesempatan datang ke Kluang nanti, bolehlah menginap kat sini semalam dua.

sebahagian gambar yang ada...

view dari depan. bilik anies di tingkat 6. yang best nya, di bawah/sebelah hotel ada pasar raya borong. bila dah check out baru teringat tak snap gambar lobi hotel... hmm...

toilet bersih. tapi bidet tu, sekali picit rasa nak terpelanting. deras betul airnya😂😂😂

bath tub ada tapi tu laa... anies tak ada bath bom...adehhh...

bila staf hotel kata, iron ada dalam bilik, anies dah sengih lebar😂😂😂

double bed yang selesa. bantal empuk, tilam empuk. yang penting tidur lenaaaaa

ada pintu sebelah katil tapi tak boleh buka...cuak juga masa mula-mula masuk... bila ada pintu macam ni, bunyi kentut orang sebelah pun boleh dengar! siyes!

sofa pun ada... tapi macam biasa jadi tempat sangkut telekung😂😂 TV pun best. ada banyak channel termasuk channel dari Singapore.

pintu masuk. sebelah kiri pintu, bilik air dan sebelah kanannya almari terbuka. oh ya, air cond bilik ni sejuk giler! nasib baik boleh control suhu. sebab, ada sesetengah hotel yang pernah anies inap, diorang dah adjust suhu siap-siap. so jangan haraplah ada remote control air cond dalam bilik...


okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading dan comment.
daaaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles