Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Snap Love

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis: 

Siapa yang tak teruja kan bila menang hadiah percutian di Antalya selama 10 hari? itulah yang dirasakan Zeynep dan Barış bila terpilih sebagai pemenang hanya dengan buat panggilan telefon ke sebuah stesen radio tempatan.

pada hari yang ditetapkan maka berangkatlah mereka ke Antalya. setiba di airport, Barış tak sengaja terambil luggage Zeynep. tanpa usul periksa, Zeynep dan rakannya, Berna terus menyerang Barış dan Emrah.

tiba di hotel, selesai check in, Barış dan Emrah tak tunggu lama untuk balas dendam. tapi Zeynep dan Berna juga punya rancangan untuk 'serang balas'. lalu bermula dan berlanjutanlah satu demi satu 'sesi balas membalas', 'serang menyerang' sampailah ia berakhir dengan semuanya jatuh sakit!

penat dengan perangai sendiri yang tak matang, mereka ambil keputusan untuk berdamai dan seterusnya menikmati percutian dengan gembira. selepas Berna kembali ke Istanbul, Barış perasan Zeynep tak gembira. rupanya ada sesuatu yang menyebabkan Zeynep sedih sehari sebelum dia bercuti.

Barış cuba bantu Zeynep tapi bantuan tersebut bertukar menjadi cinta. ketika ingin luahkan isi hati, muncul Tolga tanpa dijangka.

siapa Tolga? berjayakah Barış luahkan isi hatinya dan seterusnya diterima Zeynep?


review:

filem rom-com dari Türkiye ni sangat santai dan straight to the point. kalau korang sukakan filem yang tak beratkan kepala, nah! ni filemnya. part tak blah dalam filem ni bila keempat-empatnya jatuh sakit.😂😂😂 memang lawaklah. durasi pun tak panjang. cuma 1 jam 45 minit je dan dibintangi Aras Aydin sebagai Barış,Melis Babadag sebagai Zeynep dan Şahangil sebagai Emrah.

tapi disebabkan anies tonton kat Youtube, maka banyaklah iklannya. hmm... bertabahlah. so, daripada ★★★★★ anies beri ★★★1/2.

poster. credit.

Snap Love full movie with Eng subtitle. credit.

selamat menonton!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles