Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Nha Trang, Vietnam: VinWonders - tempat-tempat menarik

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum ni anies pernah beritahu, untuk tawaf seluruh VinWonders ni perlukan masa yang lama. 1 hari memang tak cukup. apatah lagi macam kami yang cuma berada kat sini lebih kurang 6-7 jam je. jadi, dalam masa yang singkat tu, kami cuba jejaki beberapa tempat menarik seperti berikut:

awas, foto berderet!

sengaja anies cantumkan 2 gambar walaupun nan hado. kiranya kalau korang nampak pintu gerbang ni, maknanya korang dah sampai kat Vinpearl atau nama barunya, VinWonders. 

kami tak masuk pun dalam bangunan ni... dah lenguh pun ya masa ni...

dalam fountain tu tak ada apa-apa pun kecuali duit syiling yang sengaja dicampak pengunjung.

ada yang beritahu. kalau time Krismas, kat area ni meriah. ada macam-macam aktiviti diadakan khas untuk pengunjung.

macam kat Disneyland!, yep lebih kurang... kami tak masuk pun. sekadar tengok-tengok je... hari pun dah hampir senja masa ni.

yang suka bunga, bercucuk tanam dan seangkatan dengannya... tempat ni memang wajib korang singgah! layan jelah 1001 jenis bunga sampai lebam😂

scenery dari atas bukit... lawa tau view kat sini!

sepanjang laluan pejalan kaki, memang banyak pokok bunga tahi ayam ni...

kalau tak silap, kat sini ada kafe dan kedai souvenir... kami biasalah... tak singgah pun😂

best nyaaa kalau dapat menginap kat hotel tu... ♫🎶pasir putih pantai... ombak saling berkejaran...♬🎵

jalan dan terus berjalan... cuaca tampak panas tahu udara sekitar sejuk.

dalam rumah kaca... penuh dengan bunga... ada 2 rumah kaca di VinWonders termasuk taman bunga tulip. anies ada share kat SINI. jemput baca ya.

kalau korang sukakan kaktus, meh datang ke sini. ada macam-macam jenis kaktus! giant kaktus pun ada tau! barulah terasa macam duduk kat padang pasir 😂😂😂

taman Jepun. tak dapat pergi Jepun, dapat jejakkan kaki kat sini pun dah cukup😂😂

rehat sekejap. penat dah berjalan sana sini... tengok tu punya banyak berjalan sampai sandal dah berubah warna😂😂 kalau pergi kat belakang tu, boleh nampak resort-resort mewah...

salah satu resort mewah yang ada...duit je yang tak berapa nak ada😂😂😂

akhirnyaaaa!!! jumpa green rose!! sebagai peminat setia K-drama Green Rose, anies lah orang paling happy bila jumpa ros hijau. dalam dalam tu cakap, ros hijau ni maksudnya eternity... cantik, kan? 

well tu jelah perkongsian untuk hari ni. cerita jalan-jalan kat Nha Trang ni dah nak hampir ke penghujung... jemu dah nak sharing 😂😂😂

thanks for reading.
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles