✿ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
harap korang tak jemulah ya. cerita ceriti ceritu kat Mesir ni, tak tahulah bila akan menemui noktahnya. so, bertabahlah...😁
BTW, kenapa dipanggil kereta api 'ayam'? haa... nak tahu kisahnya? klik je SS di bawah ya!
Lepas makan ais krim, kami beredar ke stesen kereta api'Asofirah. jauhnya lebih kurang 500m. tapi kepenatan berjalan tak terasa sebab kami ralit perhatikan gelagat jemaah lelaki yang baru balik dari solat Jumaat dan juga kemeriahan pemilik bisnes yang mula membuka kedai masing-masing.
signboard stesen 'Asofirah. simple je... ya betul. belakang stesen ni adalah rumah-rumah penduduk.
setiba di stesen benda pertama kena buat of coz laa beli tiket. sebenarnya boleh je beli tiket dalam gerabak. tapi harga tambang jadi mahal sikit berbanding beli di kaunter.
tiket kereta api 'ayam' ke Sidi Gaber. cer teka... berapa harga tambangnya?
suasana di stesen'Asofirah. simple je kan stesen ni? bila kami sampai, masing-masing perhatikan kami. pelik agaknya sebab kami masih pakai mask sedangkan diorang dah lama tak pakai mask lagi.
ya betul... orang ramai memang boleh melintas or pijak landasan kereta api 'ayam' ni sebab tak ada langsung pagar keselamatan or apa-apa yang berkait dengannya. nak kuak lentang atas rel pun tak ada siapa nak marah😂😂
ni laa kereta api 'ayam'😁 BTW i ❤ this photo! siapa geng dengan kite? sila🙋🙋
dalam gerabak... kerusi gerabak ni keras noks! sebab tu mak jemah rela berdiri sampai ke sudah😂
dari stesen 'Asofirah ke stesen Sidi Gaber (SG), masa yang diambil kira-kira 40 minit dan kereta api berhenti di beberapa stesen kecil sebelum tiba SG.
since anies berdiri tepi pintu, dapatlah snap gambar ni. sebenarnya memang sengaja berdiri sebelah pintu sebab dalam kereta api tak ada air cond😂
dah tiba @ stesen Sidi Gaber... untuk beli tiket, kena naik tingkat atas. BTW, rata-rata stesen public transport di Mesir ni, anies perhatikan mereka belum bersedia untuk gunakan mesin tiket seperti mana di tempat-tempat lain. don't know why.
dalam stesen Sidi Gaber berhampiran kaunter tiket.
short video - suasana dalam stesen Sidi Gaber
setiba di SG, kami terus ke tingkat atas untuk beli tiket. kenapa kami beli ticket? sebabnya esok kami akan bertolak ke Kaherah😭😭
selesai beli tiket, kami lepak-lepas sekejap dalam SG. anies sempat masuk kedai baju Waikiki tapi tak beli apa-apa pun.
dalam gerabak. OTW balik dari stesen Sidi Gaber.
dalam pukul 2.30pm kami naik kereta api 'ayam' sekali lagi dan turun di 'Asofirah. mama, mak cik, pak cik dan Will turun di stesen Mandarah sebab dekat dengan homestay kami.
sebaik turun dari gerabak, kami singgah kedai kek Papa Marvel. masa datang sini pada 2014, kami ada beli kek kat sini. memang sedap sangat! selain kek, kami beli juga coklat untuk oleh-oleh.
homestay kami pada 2014. ikut lorong belakang kedai runcit. (kiri foto)
lepas beli ayam golek (setengah jam kami tunggu ayam siap masak😡) kami tahan tuk tuk untuk balik ke homestay. kami tak singgah mana-mana lagi sebab perut dah lapar.
tiba homestay, nasi pun dah masak. so, masing-masing yang kebuluran tak tunggu lama untuk ngap ayam golek dan nasi panas.
foto (atas) kek yang kami beli di Papa Marvel dan sebelah bawah, ayam golek Mesir😁 tak sama macam ayam golek kat sini. patutlah menunggu kemain lama lagi... BTW kek ni dibeli sempena meraikan birthday Will yang ke 23 tahun. bertuah betul Will ni. masa kami datang 2014, kami celebrate birthday dia juga kak sini.
Alhamdulillah... aktiviti kami di hari terakhir di Iskandariah biasa-biasa je. sebelah malam kami mula kemas baju dan homestay. sebab seawal 8.15 pagi kami dah kena beredar.
ticket ke Kaherah jam 11.30 pagi. nak elak jammed, jadi better kami keluar awal.
so, nantikan cerita anies di Kaherah pula ya. ada 'drama' bakal berlaku kat sana.
thanks 4 reading.
daaa...
p/s BW tak habis lagi🙏🙏