✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum tu, agak agak... kontroversi tak title macam tu?😂 well... you decide!
p/s ENR = Egyptian National Railways
awas, entry panjang!
ISKANDARIAH
sebenarnya berat hati jugalah nak tinggalkan tempat ni. tapi apakan daya. nama pun pelancong. suka atau tak, lambat laun kena 'pergi' juga.
Will (cousin anies) beritahu, 'ammu (driver tramco) akan datang pada jam 8.15 pagi. ni bermakna, lepas solat Subuh kami mesti get ready.
dalam sekitar 7.45 pagi, luggage mula dibawa turun satu persatu. syukurlah homestay ni ada lif. kalau tak patah kaki tangan kami nak angkat luggage yang beratnya mengalahkah bongkah Piramid tu😂😂
dari homestay, luggage akan dibawa ke tepi jalan sebab tramco tak boleh masuk celah-celah lorong perumahan. tu pun satu masalah juga sebab jarak agak jauh. so kami bergilir-gilir angkat luggage sampai selesai.
sebelum 'ammu sampai, kunci dan duit sewa homestay kami dah tinggalkan atas peti ais. bukan kami sengaja buat macam tu. tapi owner homestay yang suruh. BTW thank you owner sebab sudi terima kami (owner ialah student al-Azhar dan berasal dari Indonesia).
bila semua luggage dah masuk dalam tramco, kami pun bertolak ke stesen Sidi Gaber. Alhamdulillah perjalanan kami lancar pagi tu walaupun kenderaan agak banyak.
setiba di stesen Sidi Gaber, kami terpaksa guna khidmat porter. ni kerana jarak dari parking lot ke platform agak jauh dan terpaksa turun naik tangga. charge yang dikenakan adalah EGD300 per troli. kami minta bantuan seorang lagi porter sebagai pembantu (tanpa troli). so tambah lagi EGD150 (total EGD450).
tiket kereta api ke Kaherah. sebelum ni (masa kami datang pada 2014) harganya EGD25 sahaja.
tiba di platform jam menunjukkan 9.35 pagi. it means kami ada masa kira-kira 2 jam++ lagi sebelum train sampai. jadi kami ambil peluang tu untuk rehat dan bersarapan. tadi tak sempat nak makan kat homestay sebab sibuk mengemas. semua makanan kami masukkan dalam plastik. so, lepas makan boleh terus buang. tak payah nak cuci bagai. kalau ada yang kena beli, cuma minuman jelah.
ni laa kereta api yang akan bawa kami ke Kaherah. BTW, i ❤ this photo. terpaksa crop sikit sebab ada 'makhluk asing'😂
tepat 11.35 pagi kereta api pun sampai. kalau korang nak tahu lebih lanjut fasal kereta api ke Kaherah ni, klik je SS di bawah.
tempat duduk kami di gerabak paling belakang. that's okay sebab ada ruang besar untuk simpan luggage. FYI, tempat simpan luggage tu penuh dengan luggage kami semata😂
suasana dalam air-conditioned 3rd class coach. kerusi ni boleh dipusingkan 90°.
lepas dapat seat, kami dah tak buat apa da... 💤💤 jelah. perjalanan ni akan ambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. ia akan berhenti di stesen-stesen tertentu dan berakhir di Stesen Ramses, Kaherah.
tetap pakai mask sebab tak confident lagi bila berada dalam ruangan sempit macam ni.
ma'as salamah wa ilal liqo' Iskandariah!😭😭
KAHERAH
kami tiba di Stesen Ramses, Kaherah tepat jam 3.15 petang. lepas kumpulkan luggage, kak ngah dengan Will keluar seketika untuk cari tramco. bila depa dah dapat tramco, barulah kami beredar dari stesen.
disebabkan gerabak kami yang paling belakang, maka terpaksalah kami menapak jauh untuj ke station concourse.
nampak macam lengang, kan? haa jangan terpedaya sebab kat luar stesen, hiruk-pikuknya tak boleh bawa bincang!
short video - suasana dalam stesen Ramses
depan stesen Ramses. kalau korang nak naik kereta api ke mana-mana destinasi dalam Mesir, di sinilah permulaannya. oh ya, sebelah stesen ni ada Egypt's Railway Museum yang dibina pada 1932. terdapat lebih 700 items termasuklah model kereta api, foto, lukisan bersejarah dan lain-lain.
suasana depan Stesen Ramses pada hari tu sangat-sangat sibuk dengan orang ramai dan kenderaan (hakikatnya setiap hari macam ni). anies nyaris kena langgar sebab driver bas tak sempat break. fuhhhh...
dengan luggage di kiri kanan tangan, kami meredah kesibukan tu dan melangkah laju untuk dapatkan tramco. mengah dibuatnya sebab jauh!
bila sampai, driver terus capai luggage kami dan susun. dia kena buat segera sebab tempat dia parking tu, kawasan larangan. jadi dia tak boleh berhenti lama. selesai semua perkara, tramco pun meninggalkan kawasan stesen. fuhhh legaaaa...
dari stesen ke homestay mengambil masa hampir sejam. sepanjang perjalanan, Will tak henti-henti WA dan call ustaz yang nak sewakan homestay pada kami tu. tapi sikit pun dia tak balas! anies ulang: TAK BALAS!!!
ustaz tu sebenarnya student Malaysia. dia yang berurusan dengan Will. dari Iskandariah lagi Will dah inform dia yang kami akan sampai Kaherah pada waktu sekian sekian. tapi dia cuma balas "okey" je. sebelum naik train pun Will dah inform dia. lepas tu... dia langsung tak respon.
bila kami sampai di Saabi' (area homestay), Will cuba lagi WA dan call sampai bateri kong dibuatnya!!! tak cukup dengan tu, kak ngah pula try WA dan call. jawapannya tetap sama. tak ada respon!!!😡😡😡
akhirnya tersidailah kami kat tepi jalan sampai azan Maghrib berkumandang! korang boleh bayangkan berapa lama kami kena sidai macam orang bodoh kat situ tanpa makan minum?!!
fikir punya fikir, akhirnya Will buat keputusan. dia terpaksa tebalkan muka minta pertolongan daripada kawan-kawan sekuliah untuk tumpang tidur seketika kat rumah sewa mereka.
benarlah... doa orang musafir ni Allah makbulkan dengan segera. kawan-kawan Will sudi tolong kami.
mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa kami tak tumpang kat rumah sewa Will? ni kerana, Will tinggal bersama 7 penghuni lain. so agak susah untuk diorang pindah sementara kawan sekuliah Will tu, rumah sewa mereka cuma ada 3 penghuni sahaja.
kami beri masa sejam untuk kawan-kawan Will mengemas dan pindah. suasana sekeliling dah makin gelap. perut dah lapar. sebelum beredar, kami decide untuk berpecah seketika. ni kerana tiada pengangkutan khusus untuk ke area tersebut.
anies, Will dan Chia naik bas. mama dan kak long naik kereta sewa manakala kak ngah, mak cik dan pak cik naik teksi. luggage yang berat dibawa naik teksi dan kereta sewa. luggage ringan kami bawa naik bas.
atas tuk tuk. seram ooo bila kiri kanan kenderaan laju.
short video - atas tuk tuk
tiba di suatu area anies, Will dan Chia sambung naik tuk tuk sebab bas tadi cuma berhenti tepi jalan je. nak masuk ke dalam memang tak larat kalau jalan kaki. jauh! tambah pula waktu dah malam dan banyak anjing liar.
ni laa tuk tuk kami naik. Will tengah bayar tambang.
setiba di 'rumah sementara', hati dah lega sikit. tapiiii... cerita kami belum tamat lagi! sebabnya kami kena naik tangga sampai ke tingkat 4! bayangkan, dengan luggage berat... dengan kepenatan sedia ada... fuhhh... syukurlah kami tak pengsan berjemaah.
Alhamdulillah kawan-kawan sekuliah Will sudi tolong angkat luggage. kami sangkakan diorang dah pindah. rupanya diorang tunggu sampai kami tiba.
bila semua luggage dah dibawa masuk, masing-masing terbaring kepenatan. tak tahu nak cakap apa dah masa tu. lepas tu, Will dengan kak ngah try order makanan online. kami tak larat nak masak even Maggi semangkuk.
tapiiiii... tunggu punya tunggu punya tunggu... makanan tak sampai-sampai. last last kami 'korek' peti sejuk 'rumah sementara'. kami bukan curi ya. tapi kami dah minta izin daripada kawan-kawan Will untuk pinjam telur, beras dan bawang. kami masak and makan apa yang ada.
sudahnya sampai kami masuk tidur, makanan still tak sampai-sampai. entah pukul berapa agaknya Will bangun sebab terdengar orang ketuk pintu. alahaiii... kalau macam ni dia punya service (kat Malaysia), confirm bungkus ikat tepi! (bankrup)
sebelum jam 12.00 pagi kami kena bangun untuk teruskan aktiviti. kenapa kami kena bangun awal? sebabnya kami akan pergi ke suatu (antara) tempat paling masyhur di Mesir selain Piramid.
nak tahu apa nama tempat tu? stay tuned, guys! anies akan sambung on the next sharing.
thats all. thanks for reading.
daaaa