Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Summer Bus

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

setelah selesai tugasan pada hari tersebut, driver Park meminta izin daripada rakannya untuk tukar giliran. ini kerana dia mahu bercuti untuk melawat 'rakannya'.

*flashback*
suatu hari, driver Park menerima penumpang cilik. ketika diminta membayar tambang, si cilik itu mengatakan dia bukan murid sekolah. mendengar jawapan tersebut, driver Park meneruskan pemanduannya.

ketika berhenti rehat, driver Park terkejut melihat tingkap basnya diconteng dengan crauon. mahu tak mahu dia terpaksa bersihkan lukisan tersebut.

keesokan hari, kejadian sama berulang. tingkap basnya diconteng dan driver Park terpaksa bersihkannya lagi. hari berikut dan seterusnya, masih berlaku 'insiden tingkap diconteng'. namun driver Park masih belum dapat tangkap 'dalangnya'.

suatu hari tak semena-mena driver Park berjaya menangkap si cilik! 

then, driver Park terjumpa crayon milik si cilik. hari demi hari driver Park hairan kenapa si cilik tak lagi menyelinap basnya. lantas dia ambil crayon atas dashboard nya. bila ternampak sekeping foto atas crayon tersebut, maka fahamlah driver Park apa sebenarnya yang telah berlaku pada si cilik.




review:

kali ni anies nak share tentang short film dari Korea Selatan. 'terjumpa' filem ni secara 'tak sengaja' kat Youtube😁

walaupun filem pendek tapi mesej yang hendak disampaikan sangat mendalam. ia bukan sahaja menceritakan tentang kerenah penumpang bas harian malah lebih daripada itu. keprihatinan dan bertolak ansur adalah antara elemen positif yang cuba disampaikan menerusi filem ni.

penghujung filem ni ada cinematografi/grafik ala ala drama Extraordinary Woo Young-woo. siapa dah tengok K-drama ni tentu faham apa yang anies maksudkan.😉

durasi filem ni cuma 10 min ++ je. sesekali layan short filem memang best! tau tau je dah habis.😂

diterbitkan pada 2017. ni filemnya! kredit.

thanks for reading.
daa

p/s anies agak sibuk sikit hujung-hujung bulan ni. so BW pun mungkin lewat. sorry naa...🙏🙏

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles