Insya-Allah, hujung tahun ni anies akan bawa rombongan
pertama untuk jalan-jalan ke Turkiye. Kepada kawan-kawan yang berminat nak join
rombongan ni, kami sangat mengalu-alukan penyertaan korang.
Selain Istanbul, kami juga akan singgah di Cappadocia dan Pamukkale. So kalau korang teringinnn nak naik hot ballon sambil menikmati
panorama indah lagi memukau atau plan nak berbulan madu kali kedua… atau nak
feeling feeling macam ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ atau ‘Istanbul, Aku
Datang!’... jangan segan-segan contact
kami ya.
Harga pakej bermula dari RM4998 per pax termasuk flight
ticket, hotel, etc. Konsep travel kami adalah ‘travel like local’ yang mana
korang takkan terikat dengan lawatan ke kilang-kilang, ke kedai-kedai
permata atau ke tempat-tempat yang banyak ‘melaburkan’ wang. Kami cuma nak
korang betul-betul enjoy dengan percutian ni dan pada masa yang sama tak dibelenggu dengan syarat-syarat yang membebankan.
Trip ni akan bergerak dalam kumpulan kecil. maximum 10 orang sahaja. jadi korang tak pening nak hadap 1001 perangai manusia jika bergerak dalam kumpulan yang besar.
Lagi satu kelebihan trip ni adalah, korang boleh bayar ansuran ikut suka hati korang dan semua bayaran perlu dijelaskan 2 minggu sebelum berlepas. Kalau nak bayar full pun tak jadi masalah. pun begitu, deposit diperlukan untuk urusan pembelian flight ticket.
So sekiranya berminat, call atau WA sahaja nombor yang tertera. boleh tanya apa sahaja perkara berkaitan. Insya-Allah kami akan beri yang terbaik untuk memastikan percutian ni adalah antara moment terindah dalam hidup korang!