✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Jauh pulang beraya di Miri,
Bawa hadiah zaitun dan patin;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf tulus zahir dan batin.
Gelora ombak kerana taufan,
Gigih mengutip buah bidara;
Bersama kita hulur kemaafan,
Hilangkan sengketa, duka dan lara.
Sirap limau penyejuk tekak,
Dihidang bersama kuih bahulu;
Mari adik abang dan kakak,
Jemput ke rumah usah kau malu.
Cantik sungguh si Dang Anum,
Dijodoh dengan anak panglima;
Berpada-pada makan dan minum,
Kerana kesihatan lebih utama.
Terbang tinggi si burung garuda,
Hinggap di bumbung istana Parsia;
Tak kira di mana engkau berada,
Moga lebaranmu penuh bahagia.
Hati bertaut dek mata bertemu,
Buat rindu semakin kerap;
Andai tulisanku guris emosimu,
Maaf dihulur keampunan kuharap.