Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Spark Heart, Mr Arrogant

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

Sun ialah Youtuber terkenal Thailand dan mempunyai rupa paras yang kacak. di sebalik kemasyhurannya, Sun ada suatu kelebihan yakni dia mampu mendengar dan membaca fikiran orang lain.

bagi orang lain ia suatu keistimewaan tapi bagi Sun, perkara ini sangat mengganggu hidupnya dan kerap membuatnya tertekan. disebabkan itu dia sering memakai earphone bagi mengelakkan situasi tersebut.

kerana hal ini juga, lama kelamaan orang ramai dan peminatnya berkurangan (menjauhkan diri). mereka beranggapan yang Sun ialah seorang yang sombong dan bongkak.

untuk mengatasi masalah ini, Sun membuat rancangan untuk ke kawasan pedalaman. di sana dia bertemu Anna; seorang penulis dan juga Brownie; peminat tegar Sun.

kedua-duanya cuba mendekati Sun dengan niat berbeza. Anna mahu menyiasat latar belakang Sun demi buku barunya manakala Brownie pula mahu menjadi kekasih Sun.

pelbagai peristiwa menimpa mereka. akhirnya Sun memilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan kekasih.

siapa pilihan Sun? akan terbongkarkah rahsia yang Sun sorokkan selama ini?


poster. credit. judul lain - Love You Mr. Arrogant. diterbitkan pada 2020.


review:

kalau korang sukakan filem romantik santai dan ada elemen lucu, nah! ini filemnya.

filem yang 90% berlatar belakangkan kawasan kampung berdekatan Empangan Bhumibol, daerah Sam Ngao, negeri Tak, Thailand ni telah menjadikan sinematografi filem ni lebih cantik dan 'tersusun'.

20 minit pertama filem ni agak perlahan disebabkan anies nak faham apa sebenarnya niat Sun datang ke kampung tu selain untuk buat content.

selain tu, 'keangkuhan' Sun tak berapa nak menyerlah sebaliknya dia lebih dilihat sebagai pendiam dan suka menjauhkan diri.

then, jujur cakap watak Brownie terlalu over sebagai peminat Sun. sampai satu tahap, rasa macam menyemaklah pula😂

tapi bila dah lepas 45 minit tayangan barulah feel romantik dan lucu tu 'datang'. watak-watak sampingan banyak menghidupkan kekuatan cerita hero dan heroin. kalau tak ada memang hambar laa filem ni.

anies tonton filem ni kat Youtube. ada Eng subtitle. credit.

that's all.
daa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles