✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Lokasi asal majlis adalah kat Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. tup tup mak cik dapat panggilan telefon yang mengatakan pihak berkuasa terpaksa tutup dewan untuk semua majlis disebabkan PRN (pilihan raya negeri)!
what?!! tarikh PRN tak keluar lagi. DUN pun belum bubar lagi. kalau ya pun nak pilihan raya, lamberrttt lagi. bulan depan kot? hishhh...
so kelam-kabutlah mak cik dibuatnya. dah laa majlis tinggal sebulan je lagi. perkara pertama yang mesti diselesaikan adalah cari dewan majlis. kalau tak dapat juga, solusi terakhir adalah sewa dewan sekolah.
cari punya cari akhirnya dapat dewan MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology, UniKL) Dengkil. Alhamdulillah...
bila dah dapat dewan, perkara kedua adalah menghebahkan kepada semua jemputan tentang pertukaran lokasi. dalam hal ni bukan mak cik je yang sibuk, mama anies pun sibuk sama kerana separuh daripada jemputan terdiri daripada saudara-mara kami yang duduk kat kampung. so mamalah yang tolong on behalf dan inform kat diorang fasal pertukaran lokasi ni.
then... hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. majlis nikah Chia berlangsung lepas solat Jumaat. anies tak dapat hadir sebab ada tugasan. so sempat tengok gambar je laa...
keesokan hari barulah majlis resepsi. kami sekeluarga duduk kat homestay tak jauh dari rumah mak cik. malam sebelum majlis, kami berjemaah siapkan goodies.
dalam 10.30 pagi, kami dah sampai kat dewan MIAT. kami set up apa-apa yang patut seperti susun bunga pahar, goodies dan lain-lain. sementara tu pihak catering siapkan hidangan.
Alhamdulillah cuaca amat baik hari tu. tetamu pun ramai. dan paling penting, majlis berjalan lancar dari mula sampailah akhir.
dan sebahagian foto yang sempat anies snap...
section kuih-muih. semuanya sedap-sedap belaka. antara kuih yamg ada: kole kacang, talam cendol, kuih lopes, kuih sarang semut, tapai pulut, kuih bakar pandan, kuih bakar cempedak dan kek buah. 👍👍
deretan goodies untuk tetamu. yang dalam bekas warna ungu tu air Ribena untuk kanak-kanak. tapi ada je kanak-kanak jadian sibuk nak Rivena😂
ingat lagi entry fasal anyam ketupat reben yang anies kongsi sebelum ni? ya betul... sarung ketupat reben tu digunakan untuk bungkus telur dan dijadikan goodies... bunga telur di sebelahnya juga untuk tetamu...
sebahagian juadah untuk tetamu. menu hari tu adalah: nasi putih, nasi jagung, daging masak hitam, ayam masak merah, dalca dan ulam-ulaman.
untuk minuman, tetamu dihidangkan dengan air: oren, teh tarik panas, coklat panas dan cappucino!👍👍
lain-lain juadah yang ada: cucur udang dan di sebelahnya cendol. dua-dua sedapppp...👍👍 ada satu lagi, laksa Penang. tak sempat nak snap foto. tu pun sedap juga.
kalau ada pengantin tentulah ada pelamin, kan? ringkas je pelamin pilihan Chia...
short video - dalam dewan, sebelum 'kena serbu' dengan tetamu...
ni je laa gambar pengantin yang anies ada. tengah bersantap masa ni... pssttt... pengantin pakai songket dark blue sebenarnya. tapi bila snap jadi warna hitam laa pulaa... BTW selamat pengantin baru untuk Chia dan Syafiq. semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknya. aminnn...
anies agak busy minggu ni dengan urusan pindah. jadi, BW pun singgah yang mana dan je dulu...🙏🙏
okey... tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading. daaa...