...السلام عليكم
Cinta boleh hadir dalam dua bentuk,
sama ada secara emosi atau fizikal.
ditulis dan diarahkan oleh Spike Jonze,
Her merupakan sebuah cerita romantis yang disampaikan dalam satu sisi yang lain,
betapa ketaksuban terhadap teknologi atau gajet
yang kini lebih dikenali sebagai telefon pintar
secara tidak langsung boleh membunuh perhubungan sosial,
tetapi dalam masa yang sama juga boleh merobek jiwa seserang tanpa perlu bersenjata.
seorang lelaki, Theodore Twombly lakonan Joaquin Pheonix yang bekerja sebagai penulis
di sebuah portal Beautifulhandwrittenletters.com.
kerjayanya adalah memberi perkhidmatan menulis surat-surat cinta
bagi memenuhi individu-individu
yang malas berfikir tetapi mahukan ayat-ayat manis
dan bertepatan dengan jenis hubungan yang berlangsung.
di hadapan komputer, Theodore begitu handal menelaah perasaan dan permintaan orang lain,
tetapi dalam kehidupan peribadinya,
jiwanya berkecamuk dengan masalah apabila ditinggalkan isterinya.
hidup dalam tekanan, Theodore menemui sebuah
keindahan baharu apabila jatuh cinta dengan Samantha,
seorang wanita tetapi mereka tidak pernah bertentangan mata.
mereka hanya berhubung dan bercakap menerusi / secara maya!
dan Samantha hanyalah suara yang diwujudkan di dalam OS! (operating system)
ramai yang berpendapat bahawa karya ini merupakan
buah tangan terbaik yang pernah dihasilkan oleh Spike Jonze.
bersendirian, kesepian cinta, persefahaman, keresahan serta apa sahaja
yang berkaitan dengan perasaan, divisualkan penuh terperinci menerusi lakonan Joaquin.
Her dilihat sangat dekat dengan realiti semasa,
kecenderungan dan kegilaan manusia terhadap teknologi telefon dan komunikasi maya.
persembahan Joaquin tiada cacat-celanya.
lelaki berwajah autentik dengan ekspresi yang boleh mencengkam emosi,
Joaquin secara solo menghanyutkan penonton tanpa perlu ada karakter lain di sisinya.
dalam filem ini, pesona dan keseksian Scarlett Johannson
hanya dipantulkan menerusi suaranya.
setiap kali memulakan perbualan,
ucap selamat daripada suara Scarlett boleh mencairkan sesiapa yang mendengarnya.
filem Her juga cemerlang daripada segi kreativiti.
pengarah filem ini telah berjaya memberi satu definisi lain tentang kota Los Angeles.
pencahayaan serta warna-warna pastel yang digunakan membentuk sebuah suasana yang romantik
yang jarang dapat dikesan dalam filem-filem lain yang berlatarkan LA sebelum ini.
kehidupan warga kota yang hanya peduli masalah sendiri jelas dipancarkan oleh Spike.
kredit: Kosmo.
klasifikasi: 18genre: komedi / drama / romantikpelakon: Joaquin Pheonix, Amy Adams, Rooney Mara, Olivia Wilde dan Scarlett Johansson.
komen: personally, anies suka jalan ceritanya yang releks, smooth dan tidak berserabut.
dari mula menonton, kita akan tertanya2,
apakah kesudahan yang menimpa Theodore.
adakah beliau akan bersatu semula dengan isterinya?
atau, beliau akhirnya bertemu dan bertentangan mata dengan 'the real Samantha'?
atau Theodore jatuh cinta dengan rakan baiknya sendiri?
memang benar ulasan yang disampaikan di atas.
filem ini sangat dekat dengan realiti kehidupan hari ini.
ketaksuban manusia terhadap teknologi menyebabkan,
tanpa sedar ianya 'telah membunuh' jiwa dan ruang sosial manusia.
sinematografi yang cantik membuatkan penonton tidak akan meninggalkan tempat duduk hingga ke akhir cerita.
score: 3 1/2 ***
poster filem.
memang tak bernafsu bila tengok.
dah lah tak hensem.
background pula guna kaler pink!
ekekeke
kudapan sambil layan filem ni.
lokasi: TGV KLCC
(hangin sekejap sebab cerita ni tak ditayangkan di Festival City dan Wangsa Walk! so terpaksa menapak ke KLCC! ggrrrr...)