✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dalam jam 11.00am kami dah check out. kami perlu segera beredar dari bandar Dahab sebelum jam 12.00pm atas nasihat pihak keselamatan.
perjalanan dari Dahab ke Kaherah mengambil masa kira-kira 7 jam. kami berhenti seketika kat bandar Saint Catherine untuk isi minyak, beli makanan dan pergi toilet. lepas tu van yang kami naiki tak berhenti pun kat mana-mana tempat sampailah kami tiba di check point tentera yang banyak dan lama tu (anies ada cerita kat SINI).
sepanjang perjalanan 'membelah' Semenanjung Sinai ni, anies dah niat awal-awal tak nak tidur. sebab rasa macam rugi je kalau terlepas untuk saksikan pemandangan yang semestinya tak ada kat negara sendiri.
bila tengok pemandangan ni, dalam kepala terus teringat perjalanan Nabi Musa AS selepas mereka tinggalkan Mesir dan menuju ke Palestin. dalam keadaan muka bumi berbukit-bukau seperti ni, agak-agaknya berapa lama Nabi Musa AS ambil masa untuk sampai di Palestin?
foto-foto ni anies snap dari dalam van. kalau blur or bergegar tu faham-faham je laa ya...
well... korang saksikan dan nilaikanlah sendiri ya pemandangan ni...
macam mana? what say you?
last but not least.... happy birthday to me🎂👩 nothing in this life... is sweeter than when it's constantly flooded with prayers from others around me. i wish for continued health, happiness and prosperity in the future. aminnn... 1st time sambut birthday yang jatuh pada 10 Muharam. beberapa tahun lepas, dapat merasa sambut birthday pada 1 Syawal. alhamdulillah...
oh ya, selamat menyambut 10 Muharam. ada yang puasa'asyura hari ni?
that's all for today.
daaa