Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Top 5 for July 2023

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Meneruskan 'legasi bulanan'... oh yeahhh...


pertama sekali terima kasih tak terhingga buat korang semua kerana masih lagi sudi singgah sini sepanjang bulan lepas.

anies dah tak tahu daa nak kata apa... sejujurnya setiap komen yang singgah sini... ibarat satu sokongan untuk anies menulis dan terus menulis. mudah-mudahan usaha yang tak seberapa ni akan istiqamah sampai bila bila. insya allah.

berbalik kepada tajuk... untuk bulan lepas, bila tengok list top 5, anies rasa 'wow' sebabnya ada beberapa nama baru 'memanjat tangga' top 5!

walaupun mereka ni bukan blogger baru, tapi yang buat anies gembira adalah kerana mereka dah kembali menulis! ooo yeahh!

harap-harapnya mereka yang dah lama menyepi tu... dapat kembali dan mewarni dunia blogger sekali lagi.

selain tu, ada juga nama yang dah 'tersangkut' dalam top 5 bulan Jun namun masih 'kekal bergaya' dan 'tak berganjak' dari senarai ni.

well... jom kita tengok 'siapa yang kena' tu!!!






wow weeee!!! blogger fiza bukan sahaja dah kembali menulis setelah 'berehat seketika' malah terus 'menempatkan diri' di tangga pertama! wow weee!!! tahniah fiza dan harap-harap lepas ni akan terus dan terus menulis dan berkongsi idea-idea menarik dengan cemerlangnya.

bagi yang baru kenal dengan fiza ni, dia ni peminat warna pink. tapi bukan bermakna fiza ni peminat kumpulan Blackpink tau!😁

so kepada korang yang juga peminat warna pink tu, apa tunggu lagi? serbu dan follow blog fiza sekarang juga tau!



bulan Jun, nama mreneyoo berada di tangga ketiga. tapi bulan lepas, mreneyoo melompat ke tangga kedua! woot woot! tahniah mreneyoo!

terima kasih juga kerana sudi singgah dan komen kat sini. seorang yang rajin membalas komen actually... dan anies rasa kat blog orang lain pun, anak jati Lampung ni juga peramah orangnya.

so macam biasa jangan lupa singgah dan follow blog mreneyoo ni. jangan cakap anies tak payung ya!
 


dan... seorang lagi blogger dari negara seberang! ibu kepada sepasang anak kembar comel yang baru je melangkah masuk ke alam persekolahan ni suka buat review drama atau movie. selalunya K-drama laa yang jadi pilihannya.

selain tu naia juga suka baca buku. dan... banyak jugalah buku-buku yang dia dah review.

korang suka baca buku juga ke? then bolehlah follow blog naia ya!



haa... ni seorang lagi blogger otai yang dah kembali menulis! ooo yeahh!!! tengok header je dah boleh agak, kan siapa pemiliknya?

jangan tak tahu... dah lebih 40 negara tau en. afif ni menjelajah! banyak ke tak banyak?😁 kalau dalam negara rasanya semua tempat en. afif dah singgah. cuma blog korang je dia tak singgah lagi😁

ye laa... macam mana nak singgah kalau korang tak follow lagi? ngeh ngehh...

well tak lupa terima kasih en. afif kerana sudi singgah sini👍



last but not least... bulan Jun JP menghuni tangga ke 5 dan bulan lepas... masih lagi kukuh mengekalkan kedudukannya. 

tahniah JP dan terima kasih kerana sudi singgah sini walaupun kita berlainan bahasa.

kalau korang nak tahu blogger JP ni berasal dari Ecuador tau! nunnn jauh di Amerika Selatan sana tu.

so en. afif bolehlah plan nak ke Ecuador lepas ni ya... lepas berkenalan dan follow blog blogger JP ni ya😁

well... terima kasih selagi lagi kepada korang semua kerana sudi singgah sini. walaupun nama korang tak termasuk dalam top 5 bulan Julai, anies tetap hargai 'kehadiran' korang.

semoga kita sama-sama kekal menulis dan menulis lagi... bukan sahaja hari ni... tapi juga sampai bila-bila. insya allah.

that's all for today.
daaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles