✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
keesokan hari selepas sarapan, kami pun bertolak ke piramid bersama-sama ustaz yang jadi tour guide kami kat Saint Catherine dan Dahab.
perjalanan dari rumah tumpangan ke piramid mengambil masa kira-kira 50 minit. sepanjang perjalanan, apa yang dapat anies perhatikan, kebanyakan kawasan kat Mesir ni dah jadi lebih baik. kalau dulu, 'sakit mata' juga laa tengok sampah sarap bersepah sana sini. laa ni dah nampak ramai pekerja pembersihan. harap-harapnya usaha ni berkekalan sampai bila-bila.
oh ya, masa pergi tahun 2014, kami cuma tengok piramid dari jauh je (boleh baca kat SINI). kali ni disebabkan mama, jadi kami decide untuk masuk.
foto kat piramid ni tak banyak sebenarnya. sebab bila dah sampai sini, anies jadi ralit dengan keadaan sekeliling. bila dapat sentuh batu piramid tu, 1001 perkara bermain dalam kepala.
mana mana batu ni dibuat? macam mana orang dulu angkat batu besar ni sampai ke puncak? dari mana diorang dapat batu-batu ni? dan macam-macam soalan berlegar dalam kepala. sampai satu tahap anies belek batu piramid tu sebab nak cuba dapatkan jawapan sama ada ia diperbuat daripada simen atau ia batu semula jadi.
dalam pada ralit perhatikan itu ini, hasrat nak bergambar ke selfie ke posing ke... dah tak ingat dah... so, maaflah ya kalau entry kali ni anies tak dapat bercerita banyak. korang baca jelah caption yang anies sertakan dengan gambar yang ada ni...
ni snap dari dalam van. yang berpagar tu adalah kawasan ekskavasi Piramid. so secara tak langsung kawasan ni dilarang didirikan sebarang bentuk binaan atau pembangunan.
dari jauh macam telinga kucing je kan? 😀
kami dah sampai kat pintu masuk. agak sesak juga laa dengan kenderaan. oh ya. kalau korang nak datang ke sini, better datang awal pagi. ni kerana cuaca pun tak terik sangat.
driver bas / van / kereta pelancong akan turunkan penumpang kat sini.
gelaplah pula foto ni... ramai betul orang kat depan kaunter tiket ni... kami tak tunggu lama. terus cari tempat untuk berteduh sementara tunggu ustaz belikan tiket.
wajib bergambar kat sini. tanda korang dah sampai Piramid.😂😂😂
boleh nampak tak harga tiket masuk tu? perghhh... untuk pelancong asing EGD240, student EGD120. lain Piramid, lain bayarannya ya... dan serahkan sekali passport ketika nak beli tiket untuk pengesahan.
suasana kat depan kaunter tiket.
kat dalam bangunan ni, tiket korang akan diperiksa sebanyak2 kali. pertama, akan diperiksa untuk staf bertugas. kedua, tiket akan di scan dengan mesin. jangan lupa ambil semula tiket lepas di scan tu ya...
ni sebenarnya bahagian belakang tiket. kat bahagian hadapan tertera status pelancong dan harga tiket.
sebaik korang melangkah masuk tapak arkeologi ni, piramid ni laa yang akan korang jumpa dulu. ni Piramid Khufu. piramid terbesar antara Piramid yang ada...
disebabkan tapak arkeologi ni berada di tempat tinggi, jadi korang boleh nampak kawasan sekeliling...
di sebalik tembok ni adalah kawasan perkuburan. kalau tak silap anies ia dipanggil Western Cemeteries...
kawasan ni boleh je nak masuk tapi tak ada apa-apa yang menarik melainkan kalau korang minat sejarah dan arkeologi...
cubaan untuk snap foto nampak puncak piramid tapi... memang sah sah laa tak boleh... lastly anies ralit tengok batu je laa...
pelbagai jenis bongkah batu disusun hingga ke puncak. ada pelancong yang panjat batu-batu ni tapi kena marah dengan pegawai lepas tu... kalau degil boleh kena denda tau!
kalau tak silap ni Tomb of Hemon, berada berdekatan Western Cemeteries... tak jauh dari Piramid Khufu... kat sini tak ramai orang. sekali lagi anies jadi ralit perhatikan binaan kat sini...
Piramid Khafre dari area Western Cemeteries...
Piramid Khufu dari area Western Cemeteries...
teruja betul dapat tengok ukiran ni kat dinding/pintu Tomb of Hemon...
paling teruja bila nampak tulisan Hieroglif Mesir kuno ni. korang nak tahu tak, sebelum ke Mesir anies gigih menghafal tulisan Hieroglif ni. tapi bila sampai sini, apa yang dihafal tu terus hilang😂😂😂 yang anies ingat cuma simbol cermin je 😂😂😂
sebelum beredar... korang nak tahu kenapa anies posing macam tu? sebabnya anies nak tengok macam mana saiz sebongkah batu piramid ni😂😂😂
hampir sejam jugalah kami berada kat Piramid Khufu. lepas tu, ustaz telefon driver dan kami pun bergerak ke Panoramic Point. kat sini korang boleh beli makanan, minuman, souvenir, membuang hajat (toilet) dan lain-lain. kat sini juga korang berpeluang untuk bergambar dengan ketiga-tiga piramid yang ada. contoh macam gambar kat bawah ni...
dari kiri Piramid Khufu, Piramid Khafre dan kanan, Piramid Menkaure. yang kecil-kecil tu kalau tak silap dipanggil Pyramids of Queens.
kami berada kat sini lebih kurang 20 minit sebelum beredar meninggalkan kawasan ni... kacau daun laa unta ni. kita nak posing pun tak senang...
kami tak pergi ke kawasan Great Sphinx. so tengok dari jauh je laa... tu pun dah puas hati... sebenarnya ada tiket khas iaitu 3 days trip untuk melawat seluruh kawasan piramid ni. sama macam korang melawat Angkor Wat kat Cambodia tu. kalau 1 hari kat sini memang tak cukup nak jelajah semua tempat. at least 3 hari baru dapat cover semua. tu pun kalau korang jenis yang suka sejarah. tiket 3 haritu memang berbaloi-baloi...
korang ada apa-apa nak tanya fasal lawatan anies ke sini? anies akan cuba jawab setakat yang mampu.
lagi satu, kepada korang yang berminat nak join trip anies ke Mesir tahun depan, bolehlah PM anies kat SINIya! terhad untuk 5 orang sahaja.
okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading...
daaa....
p/s BW lewat sikit...