Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Mix crepe by Kieda Crepe

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga makan crepe daripada Kieda Crepe ni.

peminat dessert kat Malaysia ni tentu dah sedia maklum siapa Kieda ni, kan? 

secara peribadi, anies suka dengan usaha Kieda ni. dia bermula dari bawah. dia bukan anak orang kaya. tapi dia berjaya buktikan yang usaha tak pernah mengkhianati hasil. 

masa pergi Penang beberapa bulan lepas, kononnya nak singgah kedai Kieda ni. tapi tu laa... plan je. jadinya tak😂

mungkin masa tu belum ada rezeki nak makan crepe Kieda ni. sampailah minggu lepas... 'tersinggah' kat salah sebuah kedai vendor Kieda. tersinggah, okey?🤣

sebaik sampai, nampak beberapa orang tengah beratur depan kedai. anies mengagak, mungkin dessert Kieda dah restock. sebenarnya anies memang tak tahu pun hari tu stok dessert Kieda ada kat situ. bila beberapa customer keluar kedai sampai menjinjit pelbagai jenis dessert, maka betullah tekaan anies tu😁

sebaik masuk kedai, anies terus ke chiller untuk ambil crepe. stok crepe Kieda yang ada cuma mix crepe dan crepe Nutella je.

stok crepe dari pembekal lain seperti Kakak Crepe juga dijual kat sini. 

selain tu, ada juga dessert mini mille Kieda. yang ni nanti anies buat review lain, okey!

well, macam mana rasa mix crepe Kieda ni?

ni mix crepe saiz S. harga: RM16 sebungkus (harga vendor) mix crepe ni terdiri daripada crepe oreo (hijau), crepe nutella (oren) dan crepe durian (kuning). getah pengikat tu memang dah ada ya. jangan tanya anies kenapa crepe ni diikat getah😁

ni laa crepe nya... kenapa jadi macam ni? sebab kulit crepe melekat kat clear food box. that's okay. crepe masih boleh dimakan. tak jadi hal laa... small matter je.

ni crepe oreo. first, non dairy whipping cream nya sedikit berlemak, ringan tapi tak gebu. oreo crumbs + whipping cream = sedap. tak manis. kuantiti crumbs sangat banyak. pastikan tadah tangan once korang gigit crepe ni. kalau tak nanti berterabur oreo crumbs tu. 

ni crepe nutella. sepatutnya filling nutella tu cair. tapi disebabkan anies simpan dulu crepe ni dalam peti ais, so ia jadi beku. that's okay. masih boleh makan. dari segi rasa faham-faham je laa... nutella ni agak manis. jenuh nak habiskan😁😁

ni crepe durian. gabungan whipping cream + filling durian... terbaik! sangat sedap! filling durian tak manis tapi kesedapan isi durian tu yang membuatkan crepe ni jadi marvellous👍👍👍


berkenaan kulit crepe, anies tak ada apa-apa nak komen. tapi anies sangat setuju mana-mana kulit lebihan crepe, mesti dibuang. kalau terlalu tebal, it will spoil your taste.

berbeza kalau korang makan crepe yang baru dimasak/dibuat dan kulit bawahnya tebal. ia sedap dimakan sebab masih lembut lagi. tapi bila kulit crepe dah sejuk (disimpandalam chiller), ia akan jadi keras dan tak sedap. that's why i agree bila Kieda buang lebihan kulit crepe ketika membungkusnya.

so daripada ketiga-tiga crepe ni, anies pilih crepe durian - yang paling sedap so far. overall, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐1/2 untuk mix crepe Kieda ni.

macam anies cakap sebelum ni, lain orang lain seleranya. kalau korang nak try crepe ni, bolehlah singgah vendor Kieda berdekatan. setahu anies vendor Kieda yang ada sekarang terletak di Ipoh, Shah Alam, Seremban, Pulau Melaka, Johor Bahru dan Kota Bharu. kalau korang duduk utara, pergi je laa ke Kieda Crepe HQ kat Kepala Batas tu😁

korang boleh dapatkan info tentang crepe Kieda dan dessert lain kat SINI ya!

that's all for today. thanks for reading. 
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles