Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Ke Teluk Anson dan Menara Condong Teluk Intan

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Kalau ikutkan 'sejarah jalan2'anies,
ni merupakan jejak pertama ke Bandar Teluk Intan, Perak.
(nama lama - Teluk Anson)

sebenarnya sebelum ni pernah juga sampai ke Teluk Intan
tapi setakat ke Felda Sungai Manila je.
tu pun sebab ikut rombongan pengantin.

dan kali ni ke Teluk Intan pun sebab pengantin
yang juga merangkap officemate anies, Fatin.

perjalanan dari KL ke Teluk Intan memakan masa
lebih kurang 21/2 jam melalui PLUS highway.
exit di tol Bidor dan straight ke Teluk Intan.

sebaik melepasi tol, terus pasang GPS.
entah macam mana, kira2 nak sampai
tiba2 GPS berbunyi dan suruh kami U-turn!

kami terpinga2 sekejap.
betul ke ni tempatnya?
tapi kawasan di situ tiada satu pun bangunan besar!
(majlis Fatin berlangsung di hotel)
yang ada hanyalah kawasan perumahan!
cit! tarak guna itu GPS!

akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju, Hotel Angsoka.
terus humban GPS ke longkang!
(hehehe... tak de la macam tu sekali...)
ketika kami sampai, mempelai belum ada lagi.
lepas makan tunggu sekejap then pengantin pun sampai.
btw, selamat pengantin baru Fatin & suami.

dari hotel, kami terus ke sini.
memang dah lama menyimpan niat untuk ke sini.
Alhamdulillah... akhirnya sampai juga ke Menara Condong Teluk Intan a.k.a Pisa Tower of Malaysia.
sayangnya, hasrat nak posing2 kat depan menara tu terbantut dek bazar2 yang terdapat kat situ.
:-(

okey, mari tambahkan pengetahuan tentang bangunan bersejarah ni.
kalau tak nampak, klik je gambar ni.

warisan negara tu!
lepas 50 tahun akan datang, kot2 dapat masuk dalam senarai binaan bersejarah UNESCO.
macam Pisa Tower @ Itali.
who knows rite?
kembang hidung orang Teluk Intan nanti...
^_^

tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam menara ni.
anda cuma kena tandatangan di guest book.
oh ya... yang ni perigi (sumur / telaga)
anda akan jumpa perigi ni sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam menara.

tangga menuju ke tingkat atas.
laluannya sedikit sempit.
lepas tu anies rasa macam bergoyang2 je tangga ni.
ketaq daa kepala lutut!

di bahagian beranda menara di tingkat satu.
perkara pertama yang anies tengok dulu kat sini adalah jenis kayu yang digunakan.
memang salute la dengan hasil pertukangan orang dulu2 ni!

ni adalah besi yang digunakan untuk menggerakkan jam.
besi ni mewakili jarum jam.
kalau tak silap laa...

yang ni pulak, besi yang mewakili jarum minit (sebelah bawah) dan jarum saat (sebelah atas)
kalau salah tolong betul kan ye...

di tingkat bawah menara, turut dipamerkan gambar2 lama dan baru tentang 'Menara Pisa Malaysia' ni.


pemandangan bandar Teluk Intan dari tingkat atas menara.
masa ni hujan dah mula gerimis.

'kucing menara'.
ke mana anda pergi, dia pasti ikut.
sangat2 jinak.

sebelum balik, rembat FM.
mak datuk... sikit punya mahal FM ni.
RM10 seketul!
minta tawar lepas beli banyak, dia cuma kasi RM2 je dari RM50.
jadinya, RM48 untuk 5 ketul!!
cekik darah betul!
dah tu, ada 2 design je.
satu kuning dan satu lagi biru.
gggrrrrr.....
sayangnya, kat tempat lainanies tak jumpa FM ni walaupun di bazar berdekatan.

dah puas melawat menara, kami singgah ke sini.
ada orang kata, kalau dah sampai ke Teluk Intan ni, wajib singgah kedai biskut yang famous ni.
betul ke?
kedai ni terletak bersebelahan je dengan menara.

suasana di dalam kedai biskut.
pilih... jangan tak pilih!

to be continued...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles