Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Haneda Airport, Jepun: shower rooms + activate Japan Rail Pass

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

SHOWER ROOMS

walaupun dalam itinerary anies ada masukkan lokasi dan harga untuk mandi kat sini, tapi ada 1 perkara yang anies terlepas pandang. orang ramai!

yes, we didn't expect it at all yang pagi tu... too many people lined up to take a shower! walhal baru 5.00AM, okey!

tunggu punya tunggu, 6.15AM baru dapat turn. ni bermakna, secara tak langsung itinerary kami akan berubah. hmm... nak buat macam mana kan...😓

then, kalau korang pilih untuk mandi kat sini, make sure jangan lebih masa daripada tempoh yang diberi iaitu 30 minit!

kalau lebih seminit, bersedialah untuk bayar ¥750! you know, Japan right? no compromise kalau bab-bab masa ni...

ni laa shower room nya. berada di tingkat 3.

bab kebersihan tak yah cakap. memang tip top👍👍👍

1 bilik air untuk seorang. no sharing. so jangan lupa kunci pintu ya lepas masuk.

ruang mandi yang selesa.

syampu, shower foam dan perapi rambut. wangi tak? of coz laa wangi... dah bayar mahal kot? 

short video

short video tentang bayaran extra.



ACTIVATE JAPAN RAIL (JR) PASS

lepas mandi dan bersiap, kami terus kemas luggage dan beredar ke JR East Travel Service Centre yang terletak kat tingkat 3.

sebaik tiba... arghhh nak pitam jap! panjangnya queue!!!!!

ikut plan, kami nak beratur pada 6.30AM. tapi sebab lambat dapat turn mandi, jadinya kenalah hadap... hmm... 

since farah yang beli pass ni, jadi dialah yang beratur (dengan nora) sampai tiba giliran. anies standby kat luar barisan sebab kalau dah sampai turn farah nanti, ada apa-apa bantuan, anies boleh terus masuk.

well, berbaloi ke tak beli JR pass ni? it depends on how you use it and where you want to go. 

since kami akan guna 100% public transport sepanjang berada kat sini, jadinya pass ni adalah satu keperluan.

farah beli JR Pass ni kat website Klook - 2 minggu sebelum harganya naik sebanyak 65% pada 1 Oktober lepas. so, kalau convert to RM masa tu, kami kena bayar +-RM935 per head. sekarang, harganya mungkin RM1500++ untuk ordinary 7 days pass.

tepat jam 8.20am, tibalah turn farah. belum buat apa-apa lagi dia dah panggil anies😂 so tanpa buang masa, anies terus ke kaunter and explain kat staff JR fasal itinerary kami.

alhamdulillah, lega rasanya bila staf tu inform semua tempat yang kami bakal pergi, covered by JR Pass. rasa nak melompat-lompat je kat situ😂

then, farah masuk bilik dalam untuk activate pass. tak sampai 2 minit dia panggil anies masuk😂 so sekali lagi kena explain fasal itinerary kami. lepas tu, tanya pula fasal luggage laa... reservation seat laa etc. dah puas tanya itu ini, barulah staf JR print pass. alhamdulillah... selesai!

keluar dari situ, kami terus capai luggage dan beredar ke stesen Tokyo Monorail yang cuma bersebelahan je dengan JR East Travel Service Centre.

berdebar juga laa bila first time guna JR Pass ni. sebab once dah guna, JANGAN sesekali hilangkannya. once hilang... NOREISSUED, okay!

kau menangis laa air mata darah sekali pun... or berguling-guling hentak kaki bagai nak rak... bolayan! 😂

pihak JR takkan ganti pass tu lebih-lebih lagi kalau disebabkan kecuaian sendiri... haaa... pandai-pandailah yaa nak hidup lepas tu...😁

JR pass ni tak dijual dalam Jepun ya! means, sebelum datang, belilah siap-siap. kalau tak nak beli, boleh guna Suica or Pasmo card yang fungsinya sama seperti TnG card. tapi kena top up selalu dan tak ada sebarang diskaun / offer macam JR Pass ni.

kalau tak nak beli Suica/Pasmo etc pun tak apa. mesin tiket 'belambak' kat setiap stesen. boleh guna tunai mahu pun kad debit / kredit (tapi bukan semua mesin available for card) ketika transaksi. bezanya bila beli on the spot ni, korang tak dapat laa diskaun esp. bila naik Shinkansen.

so, plan laa sebaiknya kalau korang nak ke sini terutama yang self trip tu. tapi kalau pergi dengan agent, tak payah susah hati sangatlah! semua dah tersedia. A - Z!😁

JR Pass & Shinkansen reserved seat ticket. sorry naa... kena cover sikit sebab ada details kat pass tu. then, warna pass pun dah berubah sebab guna setiap hari😁

suasana kat JR East Travel Service Centre. SC ni dibuka setiap hari, bermula jam 7.00AM. 

walaupun dah faham tapi kena snap juga sebagai peringatan untuk diri sendiri.

snap ni untuk rujukan...

short video. suasana pagi @ Haneda Airport

short video @ JR East Travel Service Centre.

short video. how to scan your JR Pass...


well, kalau korang ada apa-apa nak tanya... fasal shower room & JR pass ni, silakan. anies try jawab apa yang mampu. 

tu jelah perkongsian untuk hari ni. mudah-mudahan info ringkas ni dapat bantu korang sebelum travel ke Jepun.

our 'amazing race' starts now!
thanks for reading
daaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles