Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Larian Ria MADANI

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lama juga ambil masa untuk 'rejoin’ dalam event lari lari ni. bila dah tinggal lama… haih… nak dapatkan balik momentum tu… ya Rabbi… macam-macam dugaan. penyakit M laa yang paling besar sekali.

3-4 bulan lepas anies nekad, sebelum berakhir 2023 ni... at least ada 1 event berlari yang mesti anies join. tak kisahlah skalanya macam mana. yang penting, physical run. bukan virtual run.

bila dapat tahu salah satu event dalam program Setahun Bersama Kerajaan MADANI ada fun run, anies tak fikir panjang. terus register walaupun masa tu dah last minute. 

event ni FOC, jadinya anies fikir... ada medal ke... tak ada medal ke… yang penting, join!

so, Sabtu 2 minggu lepas, usai solat Subuh anies terus bersiap. organizer tetapkan tema yang mana para peserta kena pakai baju tradisional

so anies pilih kebaya tapi still pakai tracksuit di dalam. gila ko kalau tak pakai tracksuit! nanti tersadung masa berlari... habis tersingkap semuanya 😂😂😂

dalam tentative program, flag off bermula 7.30AM. tapi sebaik anies sampai, kedengaran MC majlis dah jerit, “tiga, dua, satu! preetttt!”

ah sudah… tak dan nak warm up dah kena lari😂😂😂… adoiii memang menempah sakitlah gamaknya.

jarak larian cuma 4KM je. walaupun tak check route nya tapi anies dah maklum selok-belok route ni. sebelum ni, masa event Hari Sukan Negara, organizer follow route ni juga. bukan besar mana pun Kompleks Sukan Bukit Jalil ni... pi mai pi mai tang tu juga...

Alhamdulillah, cuaca pagi tu baik. happening sangat tengok gelagat para peserta berlari dengan pakaian tradisional. walaupun kelihatan payah nak berlari dengan kain batik, baju melayu, saree atau cheongsam, etc tapi diorang tetap sporting macam tak ada apa-apa berlaku. bila kami melewati jalan raya, ramai yang bunyikan hon tanda sokongan.

tiba kat garisan penamat, semua peserta menghala ke khemah untuk collect goodies. bila buka beg rupanya ada medal. walaupun medal plastic, anies okey je. at least dapat medal… ada juga kopi kenangan nanti…

depan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

 flag off! start berlari... ayuh!

ya. macam biasa laa... ada yang pakai pakaian tradisi. ada yang ignore... sorry foto blur...

gigih betul pak cik ni berlari sambil pakai songket...


cuba teka...yang pakai baju merah tu, costume apa?

finap lap...

collect goodies...

suasana selepas tamat larian...





goodies.

short video ketika flag off.


okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles