✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dari Sungai Buloh, singgah sini sekejap. tapi anies tiba awal sangat. tak apa laa... bukan nak buat apa pun. just nak cari cromboloni yang tengah viral tu... mana laa tau... kalau ada jual kan... bolehlah buat raso raso...
eh... korang dah try ke cromboloni tu? sedap tak? ke... macam roti canai sarang burung?😂😂
bukan apa... teringat cerita viral pembeli yang kena scam dengan penjual cromboloni acah acah tu... haihhh... orang nak jual, dia pun sibuk nak jual. tapi bila dah jual, macam hauk je perangai!
dah lah. baik cerita fasal event ni yang berlangsung kat bawah stesen Kwasa Sentral.
bawah khemah besar ni ada banyak stall kecil yang menjual pelbagai jenis makanan. popcorn, kuih-kuih, char kue teau, kopi etc. ya, ada yang jual cromboloni tapi tu laa... dia jual label je... cromboloninya elek!😂 kena scam di siang hari!😂😂😂
masa ni tak ramai orang sebab masih awal lagi. sekitar jam 11am. event ni bermula jam 12.00pm...
kat sebelah khemah besar, ada sekumpulan peniaga lain. kat sini kebanyakannya jual barang-barang seperti aksesori wanita, mekap, baju etc. harga mampu milik...
since cromboloni tak ada... jadinya anies carilah dessert tak pernah makan lagi. ternampak kek batik indulgence matcha ni. so moh ler kita cuba. sedap ke idok? hmm... just nice. tahap kemanisannya sedang-sedang je. tapi rasa matcha tu macam tak ada je? 😁 harga: RM6 per slice.
mostly dessert yang dijual kat sini anies dah pernah makan. pilih punya pilih... anies beli biscoff burnt cheese cake. biscoft tu cuma pada biskut, crumbs dan spread je. bukannya dicampurkan biscoff dalam adunan cheese cake tu. dari segi rasa, okey laa... tak manis dan tak muak. harga: RM7 per slice.
last but not least, teh tarik ais. manis yakmat! tak habis minum secawan ni. lebih banyak rasa gula. bukan susu. harga: RM3 per cup
short video. suasana kat event ni...
kat event ni ada mini konsert. tapi anies tak dan nak layan. bukan sebab tak minat. tapi ada hal kat tempat lain lepas ni.
well ada sesiapa yang datang ke sini tempoh hari? jom share!
thats all for today.
daa...