Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Stove League

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

buat kali keempat berturut-turut, Dreams dapat tempat terakhir dalam liga baseball yang dikenali sebagai Stove League. pihak pengurusan tiada pilihan lain dan terpaksa mencari GM (general manager) baru bagi mengembalikan imej dan prestasi pasukan.

lepas menemuduga beberapa calon, Mr. Kwon bersetuju untuk melantik Baek Seung-soo sebagai GM baru Dreams.

meskipun Baek Seung-soo tak sehebat calon-calon lain, tapi Mr. Kwon berpendapat resume lelaki itu 'lain daripada yang lain' dan mampu 'memulihkan' Dreams.

sebaik dilantik, Baek Seung-soo buat keputusan mengejut iaitu menjual pemain bintang Dreams: Im Dong-gyu. pengkhabaran itu mencetuskan ketegangan bukan sahaja dalam pasukan dan pengurusan, malah para penyokong juga 'memberontak'.

namun ketegangan itu tak berhenti setakat penjualan Im Dong-gyu sahaja. ada beberapa lagi keputusan yang dibuatnya telah mencetuskan kemarahan ramai hingga dia dipecat. tapi disebabkan ada hal yang masih tak selesai, Mr. Kwon terpaksa memanggil semula Baek Seung-soo bekerja tapi dengan satu syarat.

apa syarat yang dikenakan ke atas Baek Seung-soo? mampukah Dreams bangkit semula untuk mengharungi musim baru?




review:

drama ni diterbitkan pada Disember 2019 dan telah dinobatkan sebagai Best Drama di 56th Baeksang Arts Award pada 2020.

teraju utama, Nam Goong-min pula membawa pulang Daesang di SBS Drama Awards 2020 buat kali pertama atas lakonannya yang penuh berkarisma dan bersahaja.

lepas tonton, anies bersetuju why drama dan Nam Goong-min layak menang anugerah. ni kerana; cerita, karektor, mesej dan penyampaiannya sangat smooth, menonjol dan beyond perfection!

selain skrip yang bagus, drama 16 episod ni tak seperti tipikal drama atau movie bergenre sukan yang mana memfokuskan kepada sesuatu pasukan/atlet. 

Stove League mengisahkan suka-duka individu-individu yang bekerja keras di sebalik nama pasukan/atlet terbabit tatkala mereka berada di kedudukan tercorot liga dan harungi serta menyelesaikan pelbagai masalah secara profesional sebelum musim baru bermula.

selain tu, kita dapat menyelami perasaan seorang GM ketika membuat sesuatu keputusan; antara diri sendiri vs pihak atasan. memang perit bila kita dah bersusah payah, tapi at the end, ditolak mentah-mentah atas alasan mengarut/emosi.

bagi anies, drama ni sangat sesuai untuk dijadikan motivasi diri bila mana kita rasa, kita dah buat yang terbaik. tapi ia belum tentu terbaik di mata orang lain. dari situ akan menguji kita sama ada kita akan terus bersemangat atau menyerah kalah.

untuk drama ni, anies beri ⭐⭐⭐⭐⭐! memang terbaik👍👍👍👍👍 wajib tonton!

antara barisan pelakon. credit

trailer. credit


anies tak pasti sama ada drama ni ada ditayangkan di Netflix atau sebaliknya. kalau tak ada, korang boleh tonton kat SINI.


that's all for today.
thanks for reading.
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles