✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Walaupun dah lepas 1 hari, anies tetap nak ucapkan selamat tahun baharu2023A 2024 kepada semua fellow blogger... tak kira di mana korang berada... mudah-mudahan tahun ni korang akan jadi lebih rajin update blog dan komen banyak-banyak kat blog ni...😂😂
haa gituuu... yelah... asyik asyik ucapan cliché kan... sampai tak tahu apa lagi nak diucapkan saban tahun😂
well... anies tengok kat reading list, semalam agak meriah dunia blog ni bila mana para blogger umumkan nama-nama pengkomen tegar laa... kaki komen laa etc.
Alhamdulillah... terima kasih banyak-banyak esp. kepada tuan blog yang ada menyenaraikan nama anies dalam list tersebut. really appreciate it!🫰🫰🫰
actually... perkara ni bagi anies ia sesuatu yang positif kerana masih ramai yang menggunakan platform blog ni meskipun dunia sekarang dah ada macam-macam sosial media. tapi korang? masih lagi gigih menaip dan mencurah idea dalam blog ni. well done, babe!💪
berbalik kepada blog sendiri, anies secara peribadi rasa happy for myself kerana berjaya menyahut cabaran untuk menulis blog setiap weekdays sepanjang 2023.
walaupun ada 'ponteng' but... dengan 245 perkongsian sepanjang tahun lepas... for me yang tak banyak menulis sebelum sebelum ni... ya... rasa banggalah juga sebab mampu buat sampai habis!
meski bukan full time blogger, namun bila dapat cabar diri buat sesuatu yang pada mulanya mustahil... ternyata sebenarnya ia MAMPU dilaksanakan!
jadi, untuk tahun 2024 ni anies harap momentum menulis dan buat perkongsian ni dapat dikekalkan. dengan adanya sokongan daripada kawan-kawan (menerusikomen-komen yang ditinggalkan), besar harapan anies... apa yang baik yang disampaikan melalui blog ni, moga ia menjadi ladang pahala kelak. insya Allah.
so... untuk entry pertama di tahun baru, anies mulakan dengan pengumuman top 5 bagi bulan Disember 2023 dan juga top 5 of the year 2023.
dan... di kesempatan ni, jutaan terima kasih diucapkan buat semua rakan-rakan yang sudi singgah sini dan memeriahkan 'dunia blog' ni.
walaupun nama korang tak ada dalam senarai ni, ia bukan bermakna anies tak hargai. no! even yang cuma tinggalkan komen emoji pun... anies tetap berterima kasih pada korang.
dan... as usual... anies umumkan terlebih dahulu top 5 bagi bulan Disember!
klik banner untuk follow blogger nina.
klik banner untuk follow blogger mreneyoo.
klik banner untuk follow blogger JPAlexander.
klik banner untuk follow blogger fanny.
klik banner untuk follow blogger mamapipie.
dan... inilah dia... kaki komen tegar blog ni... yang kiranya saban bulan, nama diorang pasti masuk dalam carta top 5! tak lain dan tak bukan... terimalah...
perkongsian di blog: food review, product review, personal interest
sekarang menetap di: Pulau Pinang, Malaysia
perkongsian di blog: hotel review, food review, travel
sekarang menetap di: Jakarta, Indonesia
perkongsian di blog: food review, personal interest, outdoor activity
sekarang menetap di: Lampung, Indonesia
perkongsian di blog: short/online novel, book review, personal interest
sekarang menetap di: Quito-Pichincha, Equador
perkongsian di blog: drama/movie review, book review, food review, personal & family interest
sekarang menetap di: Perak, Malaysia.
insya allah, ada rezeki nanti anies kirimkan hadiah. cuma sekarang tengah fikir... yang duduk luar Malaysia ni, adakah anies kena datang ke Indonesia atau Equador untuk hantar hadiah? 😂😂😂... sebab harga postage pun dah sama mahal macam harga tiket kapal terbang. 😂😂😂 #acahje
so, kalau korang belum lagi berkenalan dengan blogger blogger di atas, silalah follow diorang ya. tak rugi follow blog diorang ni sebab banyak benda kita boleh dapat/belajar daripada perkongsian mereka.
well… tu jelah ‘catatan’ pertama di tahun baharu. thanks for reading.
daaa...