Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Terima kasih daun keladi blogger Nur / Kait dan Lari

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ahamdulillah parcel ni selamat tiba ke tangan anies minggu lepas. masa dapat tu dalam hati cakap, huiittt besarnya! apa agaknya blogger Nur beri ni? maaf laa ya! details kat atas parcel tu kena cover sikit... so korang nak tahu apa hadiah yang blogger Nur beri? tadaaaaa....

bantal kait sendiri yu olssss!!! i likeeeeeee itttt!!! ya Allah cantik sungguh bantal kait ni! macam yang korang tahu blogger Nur ni pandai mengait. bukan pemilihan warna bantal ni je yang cantik. kaitan dia pun cantik juga! dan... butang pada bantal tu menambahkan keterujaan si penerima!🫰🫰🫰

tengok ni bila close up! cantik kan? benang pun... confirm benang mahal ni... huiii sukanyaaaa!!! malam tu juga anies rasmi buat teman tidur 😂😂...

selain bantal kait, blogger Nur bagi kalendar Hijrah. Alhamdulillah dah lama cari kalendar kuda tapi tak dapat-dapat. rupanya blogger Nur nak kasi... syukur... kalender ni dah selamat diletakkan kat meja kerja.

last but not least... ada 'surat cinta' dan fridge magnet Pangkor. huiii macam tahu-tahu je anies belum pernah sampai Pulau Pangkor. ada yang cakap... kalau orang beri souvenir dari sesuatu tempat ni, maksudnya anies akan sampai kat situ tak lama lagi. ya ke? ish... sifir semua ni!😂 tapi... kalau betul... Alhamdulillah...


well sekali lagi anies nak ucapkan jutaan terima kasih kepada blogger Nur atas pemberian istimewa ni. anies dapat hadiah ni sebab terpilih sebagai salah seorang top commentator kat blog Nur tahun lepas (buktinya di SINI)😁

so kepada korang yang belum follow blog Nur, sila klik kat SINI tau! mana tahu ada rezeki korang lepas ni dapat bantal kait. haaa... jangan cakap anies tak payung yaa...

that's all for today.
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles