Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Welcome To Samdal-ri

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

reputasi dan kerjaya sebagai jurufoto fesyen terkenal musnah sekelip mata apabila Eun-hye / Sam-dal didapati membuli rakan sekerjanya, Eun-joo. 

insiden ini juga membuatkan kakak dan adiknya terkena tempias. saban hari mereka diburu wartawan hingga hidup mereka jadi tak tenteram.

akhirnya mereka bersepakat untuk pulang ke kampung halaman di Samdal-ri, Pulau Jeju. kepulangan mereka mengejutkan ibu bapa. walaupun mereka cuba rahsiakan hal sebenar daripada pengetahuan ibu mereka, namun ia terbongkar akhirnya akibat mulut 'mak cik bawang' kampung itu.

meski hatinya separa rela, namun Sam-dal harus menerima hakikat bahawa kepulangan itu sedikit sebanyak akan mengubah hidupnya. pada mulanya dia cuba mengelak daripada Yong-pil tapi seakan tidak berjaya kerana satu persatu insiden yang berlaku, pasti melibatkan lelaki itu.

tambah pula Yong-pil amat disenangi Go Mi-ja (ibu Sam-dal); sebaliknya, Jo Sang-Tae (ayah Yong-pil) pula membenci Sam-dal.

mampukah Sal-dal berdepan dengan Yong-pil setelah apa yang telah berlaku 8 tahun lepas? adakah 'bentuk' hati dan perasaan lelaki itu masih kekal sama terhadap anak kedua jirannya?




review:

kalau korang cari drama yang santai dan tak perlu fikir banyak, anies rasa drama ni memang sesuai untuk korang. jalan ceritanya straight to the point. cuma bila ada ramai watak sampingan tu, faham faham jelah… plot cerita akan jadi pelbagai.

senang cakap… bila watak X ada masalah, watak Y dengan konfliknya… lastly akan berbalik / berkait juga dengan watak utama.

drama ni ada cetuskan kontroversi bila mana hampir setiap episode, kalau Sal-dal berkumpul dengan adik-beradiknya atau dengan kawan-kawannya, tak sah kalau tak ada adengan minum-minum (merujuk kepada jumlah botol / tin bir or soju yang banyak). hal ni dikritik kerana secara tak langsung ia memberi gambaran / mesej negative kepada penonton.

since drama ni ada kaitan dengan cinta, anies berasakan ia telah menenggelamkan peranan (profession) Yong-pil dan Sal-dal sebagai pengkaji cuaca dan juga juru gambar berkaliber. seandainya kerjaya kedua-duanya difokuskan dengan lebih mendalam, pasti jalan ceritanya jadi lebih menarik. kalau setakat datang ke pejabat then berbalah dengan rakan sekerja atau sekadar memegang kamera dan membidik foto, ia kelihatan terlalu santai.

last but not least, sama ‘penyakit’ dengan drama-drama Korea yang lain: rushing di final episode. ya, kalau boleh semua benda nak ‘disumbatkan’ dalam episode akhir hingga membuatkan cerita jadi cepat / tergesa-gesa. haihh… nasib baiklah ada Kim Tae-hee (sorry spoiler! cameo [lawa gila laa bini si Rain dalam drama ni! tak rupa macam mak anak dua!]). masa part ni anies berasakan drama ni dah ‘kembali ke landasan’ dan jadi teratur. tapi tu laa… dah tinggal beberapi minit je lagi habis. feel nak menonton tu pun dah surut

apa-apa pun, ni sekadar pandangan peribadi anies je. sorry ya esp kepada peminat Ji Chang-wook tu. kalau cakap bab lakonan, both Shin Hye-Sun dan Ji Chang-wook berjaya deliver watak dengan baik dan berkesan. begitu juga dengan pelakon-pelakon pembantu. tak ada yang cringe atau ‘kayu’. personally anies suka watak (ex) abang ipar Sal-dal yang sengal-sengal ubi tu 😂😂😂


antara barisan pelakon... credit

official trailer. credit


kalau nak tonton online, boleh klik kat SINI. guna browse Brave untuk elak iklan. so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐.

selamat menonton!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles