✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum beredar dari Chiyogadai Park, farah tanya: "kita nak pi mana lepas ni?" then anies jawab: "apa kata kita naik tram sampai stesen hujung? kalau ada apa-apa yang menarik kat sana nanti, kita singgah. kalau tak, kita patah balik."
cadangan anies disambut dengan anggukan daripada nora dan farah. then, kami melintas jalan dan tunggu tram tiba.
perjalanan dari Stesen Chiyogadai ke Stesen Yunokawa mengambil masa lebih kurang 15 minit. sama macam sebelum ni, sepanjang perjalanan kami ralit perhatikan pemandangan pinggir bandar Hakodate ni.
tiba di stesen Yunokawa, dari jauh kami ternampak pagar Torii. terus kami menyeberang jalan dan masuk ke dalam. tiada bayaran dikenakan untuk masuk Yukura Shrine (YS) ni.
korang jangan salah faham ya... kami ke sini sekadar nak bergambar dan rakam video je. tak ada niat lain pun. lagi satu, kami just nak tengok je suasana dan keadaan kat dalam kawasan YS tu.
sebelum ni cuma baca je dalam manga, tengok drama or movie kalau sebut fasal shrine ni. so bila ada peluang, why not kami singgah? jangan risau... insya Allah akidah kami masih sama...
back to the title... sebaik melangkah masuk, benda pertama yang kami notice adalah... kawasan YS yang begitu lapang dan bersih. tanpa berlengah kami terus jalan sampai ke dalam sambil cari spot untuk bergambar dan rakam video.
sementara tunggu farah selesai rakam video, anies ambil kesempatan untuk merayau-rayau. keadaan kat sini sunyi dan tenang. sesekali terdengar bunyi orang sedang berbual dalam bangunan sebelah YS.
sambil merayau tu sempat juga laa anies perhatikan adalah jenis kayu yang digunakan untuk bina YS ni. walaupun tak tahu jenis kayu yang digunakan tapi binaannya tampak kukuh lagi berseni.
kat sebelah YS ada pagar Torii mini. tiba-tiba anies teringat Fushimi Inari Shrine kat Kyoto. so tanpa berlengah terus posing kat sini.
well... sama macam Chiyogadai Park, dah balik Malaysia baru anies Google fasal YS ni. so korang boleh baca kat SINI untuk ketahui lebih lanjut tentang rumah ibadat yang bersejarah ni.
dan macam biasa... anies sertakan beberapa foto yang sempat kami bidik sepanjang berada kat sini!
enjoy!
dah sampai kat stesen Yunokawa a.k.a stesen tram terakhir. nampak tak pokok warna kuning tu? kat situlah lokasi YS. so jom lintas jalan!
pagar Torii ni besar tau! dan sebelum masuk, harus daki tangga ni. tak tinggi pun...
siapa pandai baca, tolong translate kan apa yang ditulis atas signboard tu?😉
korang boleh tengok peta sebelum masuk YS ni.
ni laa Yukura Shrine... kami masuk sampai ke dalam (kawasan) kecuali dalam bangunan...
pagar Torii... view dari dalam kawasan YS...
maaf laa ya... anies tak.ada info untuk dikongsi menerusi foto-foto di bawah... yang pasti, semuanya berada dalam kawasan YS.
short video kat main entrance YS. video credit: farah.
short video sebaik melangkah masuk kawasan YS. video credit: farah.
short video dalam kawasan YS.
again... 3 of us... before leaving the YS...💚 photo credit: farah.
"each destination becomes a chapter in the book of our lives, and every memory, a stamp on the passport of our experience." #ToriiGate #YukuraShrine #Yunokawa #Hakodate #Japan
well tu jelah perkongsian untuk hari ni. BW tak habis lagi. sabaq naa...
that's all. thanks for reading. happy weekend!
daaa...