✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dari Yukura Shrine, kami tiada destinasi lain untuk dituju. so, sekali lagi anies cakap kat farah dan nora, "kita naik tram sampai ke stesen last."
sebaik tiba kat Stesen Yachigashira, farah terus ajak ke Lawson sebab nak cari tape. tak semena-mena tripod farah patah masa dalam tram.
dapat je tape, farah terus ikat bahagian yang patah tu. lama juga nak baiki sebab keadaan yang patah tu, kalau letak handphone, ia akan jadi berat (menunduk). korang faham tak maksud anies?
jadinya farah terpaksa lilit tape sampai tripod tu boleh tampung berat handphone. kesian farah... hilang mood dia nak bergambar bagai...
sebaik selesai, kami terus ke taman ni. bila tengok jam, rupanya kami tak boleh nak berlama-lamaan kat sini. kami cuma ada 1/2 jam je dan perlu beredar sebelum 2.00PM.
jadinya foto kat taman ni tak banyak. dan kami cuma jelajah 'suku' je daripada taman ni. apakan daya... masa sangat mencemburui.
dan macam biasa... anies sertakan beberapa foto untuk tatapan korang....
hanya mampu snap signage taman dari dalam tram. tu pun OTW balik baru perasaan... alahaiii...
ni laa Stesen Yachigashira. stesen terakhir untuk route merah. boleh baca kat SINI untuk ketahui lebih lanjut fasal Hakodate City Tram ni.
tengok dari jauh je Mt. Hakodate Ropeway (MHR) ni. apakan daya. masa kami datang, MHR tutup. dah balik Malaysia baru kami tahu, mostly ropeway kat Jepun ni ditutup/diselenggara ketika autumn... 😭😭😭😭
antara rumah penduduk yang ada berdekatan Hakodate Park... bila tengok rumah-rumah kat sini, tetiba rasa membuak-buak nak pindah ke sini lepas pencen...😂😂😂
anies pun tak tahu apa motif snap foto ni😂😂😂
ni laa tamannya... kiranya ni baru masuk, tau! belum jelajah lagi. yang berpagar tu, laluan untuk basikal...
dari pintu masuk, kami nampak mini zoo... wah... taman macam ni pun ada mini zoo. tapi tak banyak pun haiwan kat sini...
dalam rumah kaca ni ada pelbagai jenis burung...
farah tengah bergambar tu...
one of my favorite photos... cantik, kan?
short video suasana 'kampung' depan Hakodate Park... tenang je kan? arghhh.... nak datang sini lagi!!!
short video. dalam banyak banyak video, both farah dan nora paling suka video ni...
geng gosip drama Korea...😁😁😁
geng sembang deras😂😂😂
"in autumn's embrace, memories descend like falling leaves, each carrying the hues of moments past, painting the canvas of our minds with the warm nostalgia of seasons gone by." #HakodatePark #Hokkaido #Japan
tu je laa peekongsian untuk hari ni. di kesempatan ni anies nak ucapkan Gong Xi Fa Cai buat rakan-rakan yang meraikannya di seluruh dunia...
kepada yang bercuti, pergi jalan jalan or balik kampung, semoga perjalanan korang selamat sentiasa.
see you on Tuesday... daaaa