✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
selepas suaminya meninggal dunia pada hari perkahwinan mereka, Yeo-hwa menjadi janda muda dan wajib pakai hanbok putih setiap hari selama 15 tahun dan tidak dibenarkan keluar rumah melainkan izin mertuanya.
disebabkan dia sebatang kara selepas abangnya hilang, jadi keluarga mertuanya yang juga 'noble family' menjaga Yeo-hwa dengan baik. namun dalam masa sama dia perlu bertafakur di kuil sepanjang hari sebagai tanda 'menghormati' mendiang suaminya.
tanpa pengetahuan sesiapa kecuali pembantunya, Yeon-sun, 'karektor' Yeo-hwa berubah menjadi satria bertopeng; memanjat bumbung dan pagar pada waktu malam; demi membantu insan-insan miskin dan teraniaya.
'tugas' ini dibantu Madam Jang, pemilik rumah penginapan yang juga antara individu pernah dihulurkan bantuan oleh Yeo-hwa suatu ketika dahulu.
penyamaran Yeo-hwa diketahui pihak tentera. Soo-ho yang curious dengan kemunculan 'makhluk' bertopeng pada waktu malam cuba menyiasat identiti misteri itu.
namun pertemuan demi pertemuan dengan Yeo-hwa, baik waktu siang atau pun malam, lama kelamaan ia membongkar rahsia Yeo-hwa selain berjaya menjentik perasaan lelaki itu. ketika bunga cinta mulai mekar, tidak semena-mena muncul 'suami' Yeo-hwa!
siapa lelaki tersebut? mampukah Yeo-hwa menerima kehadirannya? bagaimana pula penerimaan Soo-ho setelah mengetahui dalang kepada peristiwa pembunuhan ahli keluarganya pada 15 tahun yang lalu ada kaitan dengan Yeo-hwa dan keluarganya?
official poster. credit
review:
best yakmat! plot laju. senang nak faham.walaupun kadang kala ada flashback. tapi semua tu related dengan cerita asal.
peminat movie/drama Korea tentu dah kenal siapa Lee Honey. apa saja watak yang dibawa pasti mencuit hati meskipun dia bukan seorang pelawak.
dalam drama yang diadaptasi daripada webtoon dan menggunakan judul sama, bekas Miss Korea ni mampu deliver watak menantu yang baik dan sopan then bertukar identiti sebagai satria yang tangkas dan mahir berlawan pedang menentang musuh.
so anies tak nak komen banyak fasal Lee Honey sebab lakonannya memang bagus, berkesan dan sememangnya fit dengan watak Cho Yeo-hwa.
pada awal cerita gandingan Lee Jong-won dan Lee Honey agak janggal. tambah pula age gap yang besar (11 tahun), so Lee Jong-won kelihatan seperti 'adik' bila bersama Lee Honey atau BBNU sekarang sebut noona-dongsaeng pair gituuu...
namun episod demi episod, penonton boleh nampak keserasian kedua pelakon ni. itu pun pada anies, ia disokong dengan watak-watak sampingan yang mantap. jadi kejanggalan tu dapat ditutup dengan baik.
overall, ni satu permulaan yang baik untuk pihak MBC khususnya bagi drama saeguk terutamanya di awal tahun 2024. walaupun drama ni tak berapa hype bagi penonton antarabangsa, namun penonton di Korea sangat menyukainya.
buktinya, di episod akhir rating drama ni meroket hingga 18.4% sekaligus memecah rekod (rating) drama The Red Sleeve dan mengekalkan Lee Honey sebagai 'queen drama rating tinggi'.
adengan romantik boleh katakan tak ada langsung. walaupun sekadar main-main mata je, tapi both Ye-hwa dan Soo-hoo punya acting tetap manis leting tahap potong kaki. auwwww... anies pasti korang juga akan suka hubungan Yoon-hak dan Yeon-sun. so korang boleh tonton drama ni sampai habis dengan jayanya bersama anak-anak.
so, berbaloi tak kalau tonton drama ni? ya berbaloi sangat dan sebab tu laa anies bagi ⭐⭐⭐⭐ untuk Knight Flower.
oh ya, disebabkan sambutan menggalakkan pihak produksi menambah minit tayangan sebanyak 5 minit dan menjadikan episod akhir berlangsung selama 85 minit.
p/s OST Knight Flower ni pun sedap-sedap belaka. korang boleh search kat Youtube. layanzzz
judul: Night Flower / Night Blooming Flower
bilangan episod: 12
network: MBC
tarikh tayangan: 12/1/2024 ~ 17/2/2024 (Jumaat & Sabtu)
tonton online: DI SINI
trailer. credit.
antara barisan pelakon... credit.
selamat menonton!