✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Buat lagi? ya... tahun lepas dah buat (bolehbaca kat SINI) sebab nak bagi door gift majlis kahwin sepupu anies. tahun ni buat lagi tapi untuk deco raya @ office pula.
kali ni anies decide nak buat ketupat sate je. kenapa? sebab ia lebih jimat.
saiz ketupat sate lebih kecil dan reben yang digunakan tak terlalu panjang macam ketupat pasar.
so untuk 2 gulung reben ni, total (sarung) ketupat yang anies peroleh adalah 27! banyak, kan? bila dapat banyak, lagi meriahlah deco raya kami.
oh ya, reben ni anies beli kat pasar raya Mydin. beli yang murah je. 2 gulung reben ni cuma RM4.90. kombinasi warna gold dan hitam ni memang menyerlah. tampak eksklusif gituu...
well, tu je perkongsian untuk hari ni. ni entry terakhir sebelum anies cuti raya sampai minggu depan. so blog ni pun cuti juga😁
so di kesempatan ni anies ingin mohon ampun dan maaf sekiranya perkongsian atau komen-komen yang ditaip selama ni, ada yang menyinggung hati dan perasaan korang. yalah... kadang kita rasa macan tak ada apa-apa. rupanya ia dah menghiris perasaan yang membaca🙏🙏🙏
kepada yang memandu pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. semoga korang tiba di destinasi dengan selamat.
akhir kalam, salam Aidilfitri 1445H buat semua yang meraikan, tak kira di mana jua korang berada di seluruh dunia. minal i'dil wal faaizin.
p/s kesedihan semalam terus terubat bila ramalanku benar belaka... #MyDearest Nam Goong-min tercalon dalam kategori Best Actor @ Baeksang Art Award bulan depan🔥🔥🔥