Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Hatyai, Thailand: Kasah Muslim Kitchen Branch 3

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

memandangkan anies tak ada cerita fasal Aidilfitri tahun ni disebabkan sakit mata, jadinya... moh ler kita sambung cerita jalan-jalan ke Hatyai.

selesai membeli belah kat Nora Plaza, kami terus naik bas dan tuju ke destinasi. bila tengok jam, dah pukul 12.00PM++. perut pun dah 'kencorong'. sepanjang perjalanan ke restoran, our tour guide sempat share beberapa menu best kat restoran ni.

bila dia sebut tomyam, dalam kepala anies dah fikir macam-macam. tomyam Thailand memang tak dinafikan... antara menu best dan wajib makan kalau dah sampai Thailand. kalau tak silap anies, tomyam Thai ni antara 100 makanan terbaik pernah disenaraikan dan menjadi signature Thailand (lapar laa pula bila sebut tomyam ni... haihh)

lebih kurang 10 minit perjalanan, bas pun berhenti tepi jalan. restoran ni terletak di tengah-tengah bandar. jadi, kawasan parking agak terhad.

sebaik tiba ada sebuah bas rombongan (dari syarikat sama) terpakir di situ. ahli rombongannya dah selesai menjamu selera. bila kami masuk, mereka pun mula beredar. 

well, cakap fasal menu yang ada kat sini, secara peribadi anies agak terkilan jugalah dari segi rasanya. pilihan makanan memang banyak. cuma dari segi rasa tu, agak mengecewakan. hanya tomyam je yang menepati selera. yang lain-lain... entahlah... maaf cakap... tak sedap.

mungkin hari tu bukan rezeki kami. tapi tak apa laa... dah makan dah bayar... but untuk repeat lagi in the future... mungkin tidak. maaf ya kalau terlajak jujur ni... 🙏🙏🙏

dan macam biasa... anies sertakan beberapa foto masa kami singgah sini...


depan restoran... yang pakai baju pink tu tour guide kami di Thailand...

view restoran dari seberang jalan. besar juga restoran ni... yang pasti, tiang letrik kat Thailand ni akan curi tumpuan😁

ahli rombongan lain yang baru tiba. kat sini konsepnya layan diri... nak repeat makan banyak kali pun tak apa sebab dah bayar kan...😁

suasana dalam restoran... nampak tak deretan bas tu? bagi kenderaan persendirian, anies tak pasti kalau parking kat situ, kena saman atau sebaliknya...

kalau nak makan sambil berbumbungkan langit (bahang mentari), boleh laa try duduk sini...😁

antara menu yang disediakan... dalam periuk tu, tomyam campur... yang lain-lain: kari hijau, kerabu kaki ayam, ayam goreng, telur dadar, kerabu suhun, keropok lekor, pisang goreng, terung masak asam rebus, hati/paru ayam masak kunyit... yang warna putih tu bihun.

what did i have for lunch? nasi putih, kerabu suhun, kerabu kaki ayam, tomyam campur dan air oren.

lepas makan nasi, try yang ni. laksa Thai. terdiri daripada kuah kari hijau + bihun...

short video

hari tu anies ada share fasal buah kundang (baca kat SINI). kat tepi restoran ni ada orang jual buah-buahan. lepas makan anies saja tengok-tengok buah yang dijual. ternampak buah kundang ni. bila tanya harga... lebih kurang sama je macam yang anies jumpa kat RnR Perak tu... kalau korang terer, acu teka berapa Bath harga buah kundang ni?


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. salam 7 Syawal... 
daaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles