✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
satu daripada tarikan utama di Songkhla... dan kalau ke sini, korang wajib singgah walaupun untuk seketika.
apa yang menarik tentang pantai ni? dah tentulah kerana muka buminya yang cantik, pasir pantai yang memutih dan kawasan yang luas untuk healing, berkelah dan macam-macam lagilah.
kata our tour guide, nama Samila ni berasal daripada (nama) Jamilah yang bermaksud, cantik (dalam bahasa Arab). dulu Songkhla, Pattani, Narathiwat etc merupakan sebahagian daripada kawasan milik kerajaan Melayu. bila mana kerajaan Thailand memperoleh / menakluk kawasan selatan, nama Jamilah bertukar menjadi Samila. bukan pantai Samila je yang bertukar nama, kawasan-kawasan lain pun turut alami perkara sama.
korang boleh cari mana-mana buku berkaitan kerajaan Melayu lama kalau nak tahu lebih lanjut tentang hal ni.
if you wonder where's Samila Beach is located... so here we go! ya, pantai ni menghadap Laut China Selatan. dari bandar Hatyai, jaraknya lebih kurang 34KM.
bas yang kami naiki singgah sini dulu. ada deretan kedai-kedai jualan di sana.
ruang parkir di hadapan deretan kedai...
laluan utama Pantai Samila👆👇
pelbagai jenis kedai dan gerai jualan... ada yang mahal, ada yang murah. boleh tawar-menawar... juga terdapat restoran makanan laut di sini...
maaf laa... anies main snap je foto ni tanpa mengetahui fungsi bangunan ni. ia terletak bersebelahan gerai jualan di 👆
Pantai Samila di belakang kedai/gerai jualan...
nampak macam nak hujan tapi cuaca masa ni panassss berdenting!
short video @ Pantai Samila
short video @ area (luar) Pantai Samila
insya Allah part 2 akan menyusul by next week. till then!
daa...