Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1681

Memori ambil result SPM

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Sesiapa yang bergelar warganegara Malaysia
dan bersekolah / belajar hingga tamat tingkatan 5,
pasti pernah melalui detik-detik ini.

ya, detik seperti ini berlaku saban tahun
namun setiap yang mengalaminya
berhadapan dengan situasi yang berlainan.

sedih, gembira, nervous...
rasa nak mati pun ada.
dan saat itu, mahu tak mahu
tetap akan dilalui.

sengajaanies up entry pasal memori
ambil SPM tahun lepas dulu.
^_^
haip! jangan sengih!
kenapa? sebabnya memori tu
tak kan berulang walaupun sampai ke tua.
lain laa kalau ambil SPM tiap-tiap tahun...

malam sebelum ambil result tu,
anies tidur kat rumah mak cik.
masa tu, rasa rileks je.
takut pun tak, nervous pun tak.
lepas tengok tv, boleh tidur macam biasa.
mengharapkan mimpi dapat 10A1...
sayangnya mimpi tu tak berlaku.
^_^

pagi tu, lepas sarapan terus naik bas ke
bandar dan jumpa BFF yang dah sedia menunggu.
then sekali lagi kami pergi ke sekolah naik
bas dan ketika tu, barulah terasa nervous nyer...

dup dap dup dap...
oh, ya! masa ambil result tu
anies pakai baju kurung
warna hijau dan berkain samarinda.
tudung pun hijau juga.
memang serba hijau masa tu.
(harap2 dapat reult yang 'hijau' juga laa)

sampai kat sekolah, rasa bahagia sangat.
yelah... lepas je habis SPM kami dah tak jenguk
dah sekolah tu.
almaklumlah, sekolah memang jauh dari rumah.

anies dan BFF terus ke dewan sekolah.
havoc! terutama bila jumpa kawan-kawan sekelas.
nak bercerita panjang tapi tak sempat sebab masing2
lepas tu ada kerja.

lalu, kami pun melangkah masuk ke dewan.
di dalam dewan, cikgu-cikgu dah tunggu.
bila nampak je kami, mereka dah tersenyum.

"assalamualaikum, cikgu!"
cikgu-cikgu kami senyum meleret.
tak pasti sebab apa.
mungkin tak jumpa 3-4 bulan,
pipi masing-masing pun dah naik tembam kot...
(duduk rumah ternak lemak)

BFF anies sempat tanya...
"cikgu, macam mana dengan result kami?"
"eh, awak ambil la dulu. kami mana tau..."
kami tersengih-sengih je.

dengan hati yang berdebar, selawat di mulut
memang tak berhenti laa...
"okey, IC awak?" soal cikgu kepada anies.

cikgu pun mencari slip result.
masa tu, dah rasa seram sejuk.
lulus ke? fail ke? kena repeat ke?
nauzubillah!

"okey, ni awak punya slip!"
tapi cikgu tu tak serah pun.
dia yang tengok result anies dulu.
bila tengok dia senyum, anies semakin berdebar.

"tahniah, anies!"
slip bertukar tangan dan mata anies terus menerpa
ke setiap mata pelajaran dan keputusan yang diperoleh.
"Allahmdulillah..." ucap anies dan lepas tu terus
bersalaman dengan cikgu-cikgu di situ.

then cari BFF dan terus beritahu result masing-masing.
kami berpelukan dan saling mengucapkan tahniah.
masa ni baru terasa emo...
sob sob sob...

Alhamdulillah... result yang diperoleh adalah LEBIH BAIK
daripada result percubaan.
anies ni bukanlah best student tapi
syukur ke hadrat Ilahi...
dengan result ini juga telah banyak mengubah kehidupan
anies walaupun hanya belajar dan membuat ulangkaji 
kurang dari 2 tahun.
dan dengan result ni juga, membuka rezeki anies untuk
menjejakkan kaki di menara gading.
ALHAMDULILLAH...

kepada adik-adik yang bakal mengambil result SPM hari ini,
apa jua keputusan yang diperoleh, terimalah dengan hati
yang terbuka dan bersyukur.
kegagalan bukan bererti penamat segala-galanya
tetapi kegagalan adalah titik permulaan
bagi perjalanan hidup yang sebenar.
kepada yang berjaya, tahniah!
teruskan usaha dan buatlah sebaik yang
boleh demi membalas jasa ibu ayah
yang membanting tulang untuk membesarkan kamu.
all the best!



p/s memori ambil result SPM anda pula, macam mana?

sesiapa yang belum meletakkan LINK di senarai bloglist anies, sila klik kat SINI ek! terima kasih.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1681

Trending Articles