Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1686

Entry baru tapi isi dah basi

$
0
0
✿...السلام عليكم✿ 

Betul tu!
lepas 2 minggu, baru terhegeh-hegeh
nak kepoh sana, kepoh sini.

bila masuk bulan 3 / 4 ni,
dah rasa macam kepala kat bawah
kaki kat atas.
yang tu kena buat,
yang ni kena settle.
yang sana kejar dateline.
yang sini dihambat overtime.

huuuuuhh...
akibatnya, apa yang nak di share
jadi basi, masam wal kepam.
apa nak buat...
redha je laa...

apa khabar kawan-kawan semua?
sihat ke?
Alhamdulillah, harap2 semua sihat, ceria 
dan berbahagia selalu.

sebenarnya, ada event besar yang
bakal berlaku pada penghujung bulan ni.
sebab tu agak busy sikit.

tipu la kalau anies tak jengah langsung
blog ni dan BW ke blog yu ols.
ada yang sempat tinggal jejak.
ada tu tumpang lalu je.
so maaf la kalau tak bertegur sapa
bila terjah blog tu...
insya-Allah, kalau tak semua
esok lusa anies akan tinggalkan jejak.

dalam sibuk2 tu, sempat la juga
menghabiskan masa untuk diri sendiri.
antaranya...

ke Penang.
Alhamdulillah, dapat juga jejak Jambatan Kedua ni.
memang teruja tak hengat!
sayangnya tak boleh berselfie kat tengah2 jambatan ni
macam kat jambatan pertama dedulu...


ke Amanjaya Mall, Sungai Petani
demi program Explorasi Ilmu Bersama Ana Muslim.
kepada orang Utara, terima kasih 
di atas kerjasama yang diberi.
insya-Allah, tahun hadapan kita jumpa lagi, ek!

ke War Museum, Penang.
tapi tak masuk pun.
tengok2 kat luar je.
sebab apa tak masuk?
sebab dah pukul 7 petang.
dah close down...

ke Karnival Mahabbah, Masjid Andalusia
Bandar Laguna Merbok.
masa ni, anies berada kat booth Jabatan Penjara.
kalau yu ols nak tau,
ni la rotan yang digunakan untuk menyebat pesalah2.
uiii... ngeri... 
apatah lagi kalau tengok video macam mana pesalah dirotan.
tapi anies memang tak sanggupppp nak tengok...
btw, terima kasih banyak2 En. Shaiful ;-)

ke MPH International Book Fair
kat PICC.
uiii... rambang mata sungguh!
tengok buku ni, nak beli.
tengok buku tu, nak rembat.
tapi cepat2 tarik nafas...
nafsu...nafsu...
control... control...

ke KLIA.
ek eleeh... ke KLIA pun lu nak kecoh ker?
hehehe... sebenarnya teruja bila
naik ERL ni.
almaklum la... pestime.
orang lain naik ERL berjuta kali tak kecoh pun anies oiii...
untuk apa ke KLIA?

hantar mama dan ayah yang
menunaikan umrah.
Alhamdulillah, selepas tertangguh
last year, akhirnya dapat juga pergi.
sekarang sedang menanti kepulangan mereka...



okey, rasanya tu je cerita basinya...
thanks for reading.
tata...
jom sertai blog list anies! klik kat SINI yek untuk info lanjut. TQ.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1686

Trending Articles