✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ahad lepas birthday anies. so bila cakap fasal birthday ni = hari untuk claim macam-macam😂 termasuklah claim hadiah daripada makhluk Allah yang pura-pura lupa birthday titewww dan salah 1 benda yang dah lamaaaa teringinnnn nak claim adalah... free entrance ke Zoo Negara!
main entrance...
malu nak mengaku sebenarnya. walaupun dah bertahun-tahun duduk area Melawati sebelum ni, tapi sekali pun anies tak pernah jejak Zoo Negara (ZN) ni. why? hmm... entah laa... pada hal masa tu, kalau tak ada entrance free pun, anies boleh je dapat tiket free sebab salah seorang jiran anies tu, pekerja ZN😁
bila dah pindah jauh baru laa terhegeh-hegeh nak datang...😂😂 betul laa kata orang. bila ada depan mata kita tak hargai. haa gituuu
anies ke ZN naik bas rapidKL since dah ada Smart 50 pass. naik bas nombor 253 kat stesen LRT Wangsa Maju. kalau korang datang dari Ampang, naik bas nombor yang sama dan tunggu kat bus stop (seberang jalan) depan Ampang Point Shopping Centre.
sebaik turun bas... fuhh tarik nafas lega bila tengom keadaan ni. perghh jammed oi depan ZN ni! ingatkan bukan time cuti sekolah, tak ramai pengunjung. sekali... haa... parking penuh, beb!
semua pengunjung akan diberi wristband selepas mendaftar / membeli tiket.
BTW, khas untuk warganegara Malaysia, korang boleh claim 1 tiket masuk percuma sempena birthday korang. tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 30 dari birth date. yang birth date dekat dekat tu bolehlah kumpul dulu then pergi sama-sama sebelum expiry date.
tapi anies ni jenis tak sabar. so.... hari Ahad tu je dah pergi claim. mana boleh tunggu tunggu!😂
kalau tak nak claim, ni entrance fee ZN...
suasana kat entrance gate...
sebaik sahaja korang masuk, staf ZN akan menyapa dan mengajak korang untuk sesi bergambar. lepas tu, sekeping tiket akan diberi untuk korang claim kat photo booth sebelum pulang. tapi anies tak claim pun foto tu so tak tahu laa berapa harga untuk sekeping foto.
lepas bergambar, jom kita mula teroka ZN!
foto haiwan yang ada kat ZN terlalu banyak. jadi anies compile kan dalam short video ni untuk tatapan korang... foto oyen& capybara yang viral tu ada. tapi oyen membute laa pula masa anies datang... haihh...
kawasan ZN ni sangat luas. walaupun ia dikelilingi pelbagai jenis pokok, tapi cuaca hari tu membahang.
seeloknya korang bawa bekal minuman. dalam kawasan ZN memang ada kedai makan & minum tapi barisan yang beratur nak beli makanan tu tersangatlah panjang, okey!
lagi satu, sila bawa kipas dan topi atau payung. ni juga untuk keselesaan korang. yang ada bayi tu, memang wajib bawa kipas. kesian baby kepanasan nanti.
kalau malas nak jalan, ada buggy disediakan. tapi kena bayarlah. nak sewa 1 buggy untuk 1 family pun boleh. harga ada tertera kat kaunter.
short video @ kawasan konservasi panda. staf ZN ada inform kat anies, tahun ni adalah tahun terakhir panda berada kat ZN selepas 10 tahun dipinjamkan oleh kerajaan China. so, kalau korang belum berkesempatan nak tengok panda, silalah ke ZN sebelum akhir tahun ni, ya!
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. sebenarnya tak puas jelajah ZN ni. insya Allah tahun depan nak datang lagi kalau dipanjangkan usia.
that's all for today. thanks for reading.
daa