✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Adakah sukar untuk lafazkan
Atau kau rasa ia menyusahkan
Hingga tak tahu bila nak gunakan
Atau sengaja mahu lupakan?
Adakah ia mahal harganya
Tulus ucapan dari bibirnya
Atau kita kedekut sebenarnya
Bagai dunia kau pemiliknya
Usah ukuri dengan wang ringgit
Bandingannya juga bukan sebukit
Nilai terima kasih tidak sedikit
Sang malaikat tetap akan mencatit
Tiada niat meminta balasan
Jauh sekali meminta bayaran
Tapi sebagai seorang insan
Fahamilah erti sebuah kehidupan
Belajarlah untuk saling hargai
Usah diharap segala puji
Oleh itu sedarlah diri
Kau cuma hamba Ilahi.
learn to appreciate what you have before time makes you appreciate what you had...