Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

My Sweet Mobster

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:

kerjaya sebagai content creator terpaksa dilupakan apabila Eun-ha secara tak langsung terlibat dalam satu insiden di sebuah festival makanan. tidak cukup dengan itu, rumah yang disewakan untuknya ditamatkan kontrak dan tiada pilihan lain; dia terpaksa berpindah keluar dari situ.

tidak tahu ke mana mahu dituju, dia akhirnya singgah seketika di kawasan rumah lamanya pada zaman kanak-kanak. tatkala meninjau-ninjau rumah tersebut, muncul seorang lelaki yang akhir-akhir ini kerap ditemuinya.

pertemuan mereka terselit pelbagai cerita hingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital. pun begitu, Ji-hwan cuba menerima kehadiran Eun-ha atas rasa simpati. namun perasaan tersebut bertukar sayang apabila dia mula menyedari bahawa wanita itu bukan sekadar penyebab masalahnya! 

siapa sebenarnya Eun-ha dalam hidup Ji-hwan? mahukah Eun-ha menerima Ji-hwan setelah dia mengetahui sisi gelap lelaki itu?




review:

drama paling hangat untuk pertengahan tahun 2024! eh... bukan anies yang claim ya....

hmm... dari mana ya nak review? jalan cerita drama ni sebenarnya sama je dengan drama rom-com yang lain. pertemuan lelaki-perempuan, jatuh cinta, ada konflik, ada orang ketiga dan lain-lain digabung dan akhirnya terhasillah drama 16 episod ini.

cuma yang membuatkan ramai 'terpaku' dan tak boleh move on sampai sekarang adalah kerana Uhm Tae-goo yang memegang watak sebagai Seo Ji-hwan (Yoon Hyun-woo).

tak dinafikan penampilan Uhm Tae-goo dalam drama ni penuh berkarisma, macho dan ada kala sengal-sengal ubi. daripada komen-komen yang anies baca, ni kali pertama Uhm Tae-goo bawa watak lelaki romantik. sebelum ni dia sering mendapat watak-watak ganas, gangster dan lain-lain (contoh filem: Night In Paradise).

karektor Ji-hwan menjadi 'lebih' menarik kerana suaranya 'seksi'. entah berapa kali anies terpaksa naikkan volume sebab nak dengar suara dia. 

ehh... ni nak cerita fasal drama ke, fasal Uhm Tae-goo?😂😂

okeylah, overall cerita ni penuh gelak ketawa. korang pasti terhibur dengan gelagat watak-watak sampingan. bukan seorang tau! tapi ada 5 watak sengal yang patut korang tonton!

last but not least, to blogger mrneyoo... sila download drama ni sebelum ✈😁 dijamin 👍👍👍

dengar dengar drama ni akan masuk Netflix tapi tak sure bila. kalau nak tengok online, boleh klik kat SINI.

selamat menonton!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles