Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Yang pakai tudung merah tu...

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alkisah semalam... tunggu bas tepi jalan. tak sampai 5 minit, bas pun muncul (darihujung jalan). anies terus tahan dan dalam masa sama, tunggu driver nyalakan signal. selagi signal tak menyala, maknanya driver tak nampak kelibat anies kat situ.

tekaan anies memang betul. bas tu terus meluncur laju. bila dah lepas, anies perasan driver tu slow kan pemanduannya. tapi tu laa... bukan dapat naik pun!

dalam hati cakap, tak apalah. tunggu next bas. lepas 10 minit, bas lain muncul. Alhamdulillah... kali ni bas berhenti dan anies pun naik. masa tu, dalam bas tak ada penumpang. only me.

baru je duduk, tiba-tiba handphone driver berbunyi.

"hah, ya! dah naik. dia dah naik. yang pakai tudung merah tu, kan?"

masa tu baru perasan yang driver tu tengah sebut fasal anies (i wore a red hijab yesterday).

"ha ah. dia ada kat belakang tu. pakai tudung merah."

perbualan mereka stop kat situ. lepas tu...

"maaflah, kawan saya tadi... dia bukan tak nampak awak. tapi ada motor depan dia... jadi dia tak dapat nak masuk (lorong kiri), dia telefon sebab trip saya lepas dia. dia nak awak naik (bas ni)," beritahu driver bas sambil pandang cermin, memerhati anies kat belakang.

anies terus tergelak. then balas,

"tak apa. tak apa. saya tak rushing pun. saya okey gwenchana."

then... driver bas pun pandu macam biasa sampailah tiba di destinasi.

bila teringat balik, rasa terharulah pula. actually, ini bukan kali pertama terlepas bas. tapi... untuk sekian kali... tak sangka pun ya... driver bus sempat inform kawan dia supaya anies dapat naik bas seterusnya.😁

apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak Go KL bus driver sebab prihatin👍👍👍👍👍

well... korang yang duduk @ KL tu... sesekali naiklah bas Go KL ni. bukan sahaja selesa, ada air cond, ada wifi free... malah freeride pula tu. untuk non-Malaysian, just bayar RM1 per trip untuk keliling 1 KL sampai muntah 😂


lepas turun bas, pekena teh tarik panas dengan roti bakar. perghh... memang syahdu, mat! tapi lepas tu... jadi burung hantu (a.k.a tak boleh tidur)😂


thanks for reading...
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles