✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Masa store ni dibuka secara rasmi 2 bulan lepas, jangan haraplah dapat masuk dengan berlenggang kangkung. kemain panjang Q nya. bila tengok keadaan tu, anies cakap dalam hati. tak apalah. nanti datang lagi confirm takkan jumpa macam ni. biasa laa... FOMO orang Malaysia ni kan...
memang betul pun. last week anies ke sini, bukan je tak kena beratur. nak masuk pun relaks je. dalam kedai memang ramai orang. biasa laa tu... weekend kan...
sebelum ke sini, anies dah pernah singgah Miniso Berjaya Times Square (BTS). beza antara dua store ni, cuma dari segi saiz dan jumlah barang je.
kat BTS, store nya kecil je. barang pun tak sebanyak kat sini. yang pasti, peminat warna merah jambu, anies confirm.... korang mesti 'sesat' bila masuk sini. why? sebab sana sini pink, pink, pink!😂
dan macam.biasa... sebahagian foto yang sempat dirakam...
main entrance. lokasinya di GF New Wing, 1Utama.
ku lihat hijau pink... everywhere...
macam-macam jenis toys ada. yang murah yang mahal...
peminat kosmetik... jangan lupa singgah sini...
hair accessories pun ada...
yang suka figurines... sini pun ada jual...
pewangi...
macam-macam tumbler...
ni bukan oink oink tapi rabbit laa...
harga... kebanyakannya bermula dari RM5...
kaunter bayaran...
jajan pun ada...
macam Lego tapi versi murah...
Barbie official merchandice... kat sini lebih banyak pilihan berbanding Miniso @ BTS...
korang dah pernah singgah sini? jom share!👇